pelangi petang

"ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, namun selesai hujan berhenti muncul pelangi indah berseri"

apa maksudnya pada korang?

: pada aku, bila masuk bab cinta mesti akan keluar pepatah macam nie kan. bagi aku dalam bercinta ada pasang surutnya, ada konflik yang berlaku tapi jika kita sabar, tabah hadapi segalanya.. allah turunkan bahagia pada kita. 

pada aku, putus cinta.. perkara biasa. mungkin takde jodoh antara kita. jadi buat apa tangisi benda yang dah lalu, benda lepas jangan dikenang. apa yang aku mahu sekarang, kehidupan baru.. memori baru. pada korang yang putus cinta, putus tunang, cerai berai jangan sedih-sedih. mungkin setiap apa yang terjadi allah sudah tentukan jalan cerita kita.

mungkin aku pernah lalui zaman cinta yang paling dasyat, tapi tu bukan penghalang aku untuk fobia dalam bercinta. aku tahu tuhan sudah tentukan jodoh aku, jika dengan dia jodoh aku sesungguhnya aku bersyukur jika bukan, aku redha. hanya mampu berdoa dipertemukan dengan seseorang yang betul-betul boleh bahagiakan aku.

eh korang tengok Nora Elena tak?

bila tengok cerita tu, aku teringin nak lelaki macam tu. sayang gila lelaki tu kat isteri dia kan. tapi zaman sekarang susah sikit lah nak cari yang macam tu, lagi-lagi kacak macam aaron aziz tu kan. HAHA..

apa-apa pun aku bersyukur sangat, walau aku melalui banyak halangan dalam hidup namun aku tetap tabah(puji diri sendiri). mungkin ramai kawan-kawan aku tak tahu macam mana aku sebenarnya sebab diri aku sekarang bukan diri aku yang dulu.  aku bangkit demi luka lama. itu kisah lepas malas nak cerita..

sekarang pun aku dah tenang, tak fikir mana-mana laki untuk bercinta. sekarang cinta aku pada penulisan aku dan novel-novel. kalau aku temui cinta pun, biar aku seorang je yang tahu. biarlah hujan yang turun ini berhenti dengan sendiri, dan muncul sebuah pelangi indah dalam jiwa aku.

"cinta aku bagai pelangi yang sentia indah dan berseri untuk diberi pada kau wahai LELAKI..."

No comments:

Post a Comment