hari nie aku rajin baca blog kawan-kawan aku. hati aku tersentuh bila baca blog ijie bila dia bercerita tentang hubungan dia dan abah dia. sekurang-kurangnya aku beruntung, aku rapat dengan abah walau abah selalu usik aku dan kerana usikkan abah kadang-kadang buat aku malas nak layan abah. abah kecik hati, tapi aku cuma bergurau dengan abah.
adik beradik aku semua perempuan, takde lelaki. abah nak sangat anak lelaki tapi takde rezeki. abah pernah cakap seronok dapat pergi sembahyang jumaat dengan anak laki sebabkan kami perempuan takde siapa leh temankan abah, sekurang-kurangnya abah ijie ada teman ke masjid kan..
bila bercerita tentang abah, aku rasa pengorbanan abah tak terbalas. abah sanggup korban masa dan wang ringgit untuk besarkan kami. walau abah selalu tanya aku tentang boyfriend, aku malas layan tapi aku tahu abah nak berborak dengan aku, abah juga risau. aku di kota sedangkan abah jauh di mata. mesti dia risau.
bila aku demam abah bagi ubat, abah tak tidur malam. bangun pagi-pagi tengok aku ok demam ke tidak. aku saja buat-buat tak tahu abah ambil berat kat aku. mungkin aku selalu lawan cakap abah bila dah besar ni, tapi sekarang dah kurang. aku dan abah boleh borak-borak, abah kata kau kena jadi pengarah filem sebab abah tak berhajat untuk capai cita-cita abah yang satu ni.
abah rupanya minat filem, abah bagi aku semangat supaya aku tak mudah jatuh. abah bagi aku idea untuk buat cerita, abah bagi aku panduan supaya aku berjaya dan paling penting abah bagi aku kritikkan yang membina. sesungguhnya aku sayang abah..
selamat hari bapa, abah.. dan pada bapa-bapa diluar sana selamat hari bapa juga.
kau baca blog aku rupanya eeka. terima kasih ;)
ReplyDeletemasing-masing ada pengalaman sendiri tentang kehdupan keluarga sendiri kan.. haha .
aku tak pernah membenci abah aku .
btw, cepatlah khawin boleh nanti laki kau teman abah kau pergi masjid ;)
sweet !
eh aku mmg slalu bc blog ko la ijie.
ReplyDeleteeh ijie if ada ms luangkan la ms dgn ayah ko, borak2 dgn die supaya korg tak lebih jaoh ag..
haha nnt bpk aku dpt 6menantu lelaki tau.. haha
luaran mungkin kami jauh , hati kami tak jauh . aku tahu dia sayang aku . mungkin kaish sayang tak boleh nak tunjuk . lain orang lain caranya mendidik anak ;)
ReplyDeletetak pe , aku bahagia dengan life aku .
bagus la jie :)
ReplyDeletelike kata2 ko ...