donno!!

"aku mencari sesuatu tapi masih belum ketemu"

apa yang aku cari? entahlah. bila aku duduk bercuti tanpa apa-apa program aku selalu berkhayal. kadang-kadang entah pape aku fikir. aku masih mahu yang satu itu, tapi aku belum mampu capai namun aku masih berusaha untuk capai yang satu itu. aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang.. huh..

apa perasaan aku sekarang? bahagia? kecewa? atau berduka sepanjang masa? aku bukan orang yang suka bersedih walau aku tengah sedih dan aku bukan orang yang reti tunjukkan kebahagian aku. mungkin sudah sikap aku hyperaktif, orang pun jarang fikir aku macam-macam. aku bukan orang lemah, aku bukan orang yang perlu ditindas.. aku berdiri atas kaki sendiri tanpa bantuan kaki-kaki lain.

"pelangi itu indah, seindah kebahagian yang aku berikan nanti.."

pelangi indahkan, pernah dengar lagu pelangi petang? ermmmm.. andai kau yang hadir untuk aku, kebahagian seindah pelangi akan aku beri pada kau. biar matahari dan bulan cemburu, bintang pula menjauhkan diri. walau pelangi muncul sekejap cuma, namun ia tetap indah untuk ditatap..

bila orang bersoal-soal tentang cinta dengan aku, apa aku boleh buat? orang kenal aku sebab aku jiwang, mungkin ya mungkin tidak pada aku. aku suka berbicara tentang cinta. salah ke? terdesak sangat ke aku nak cari cinta? tak kot..

eka.. eka..eka..
usaha selagi mampu!!

No comments:

Post a Comment