hampir 2 minggu aku kat rumah, selama 2minggu juga aku dah tak berblogger sebab berukband baru je bayar hari ni. HEHE. so selama aku kat rumah, rutin harian aku macam biasalah... kemas rumah, masak dan aku telah mula balik dengan hobi lama aku yang dah lama aku tak buat iaitu membaca novel. disebabkan mama aku kaki novel, so berlambak la novel yang aku tak baca lagi. selama 2 minggu ni aku baru habis baca beberapa buah buku, tak la banyak sangat..
bila baca novel ni, aku rasa hepy jep. kadang-kadang buat aku tersenyum-senyum. apa taknya aku ni berjiwa cinta so bila bab-bab cinta, bab romantik ni paling aku minat bila membaca. HAHA. bagi aku membaca novel beri aku banyak manfaat, biarlah orang kata novel tu cerita tipu, cerita rekaan tapi kadang-kadang kita tak sangka masih ada yang berlaku sama macam novel tau. masyarakat sekarang terlalu banyak agenda. jadi aku lebih berhati-hati dalam segala hal.
bila baca novel kita leh selami masyarakat di luar. masyarakat miskin, masyarakat kaya, dan macam-macam lagi. so banyak info aku tahu pasal hal sekeliling.
selain aku baca novel, aku buat apa eh. tengok tv la. sekarang nie tengah hangat cerita NORA ELENA. seronok gak cerita tu kan, tapi lagi seronok novel asalnya. aishhhh.. bila aku tengok je cerita tu, aku dok berangan dapat laki mcam aaron aziz tu. dah la hensem, badan mantap, romantik. aishhh lelaki pujaan.. HAHAHA..
kuat berangankan aku ni. tula cuti sem ni memang berangan jela keje aku. aishhhh.. HAHAHA.
No comments:
Post a Comment