aku baru tersedar yang aku hidup dalam alam realiti bukan fantasi..
bila lihat drama itu lagi buat aku rasa terbuai-buai. andai satu saat aku bertemu dengan orang seperti dia alangkah beruntungnya aku, apa tidaknya dia seorang yang sangat baik dan paling penting dia romantik. bila lihat dia tadi aku tersenyum sendiri, mempersona bila lihat senyuman dia. alangkah indah jika aku mampu memiliki lelaki seperti dia.
huhhh...
apa ada dengan cinta? klise kan pertanyaan aku ni..
aku bukan desperate dengan cinta, but aku sangat-sangat-sangat suka akan cinta. kawan aku selalu gelakkan aku sebab aku jiwang sedangkan diorang tak tahu apa yang aku rasa..
bagi aku hidup perlukan cinta. apa tidaknya manusia jatuh bangun sebab cinta, manusia hidup memerlukan cinta. dari awal wujud adam sudah berputik cinta dengan hawa. ya kerana cinta adam dan hawa terciptanya manusia. kerana cinta ayah pada ibu terciptanya kita insan baru melihat dunia dan kerana cintanya kita pada allah kita di beri kehidupan di bumi nyata. semua hidupan berkaitan cinta..
cinta perempuan pada seorang lelaki tulus dan suci seperti cinta aku untuk seorang lelaki yang benar-benar ikhlas menerima aku seadanya. sesungguhnya cinta perempuan pada lelaki sangat murni. bagi aku cinta bukan berlandaskan nafsu semata tapi cintai dari menjauhi nafsu setan supaya tiada kemungkinan yang berlaku nanti.
sesungguhnya manusia ada kisah silamnya, begitu juga aku. namun kisah silam itu aku lupakan saja dan aku buka kisah baru untuk kehidupan baru. mungkin aku bukan aku yang dulu, aku sekarang lebih banyak berubah berbanding dulu dan aku akan terus berubah demi cinta nan satu itu.
terokai cinta menggunakan mata hati bukan mata kasar. cinta yang terlihat melalui hati lebih tulus dari cinta yang terlihat melalui mata kasar. berbeza pandangannya, berbeza juga rasanya. cinta tak mampu disentuh tetapi mampu di rasai jika cinta itu benar-benar ikhlas.
lebih baik mencintai orang yang mencintai kita dari mencintai orang yang kita cintai.. prinsip aku(dulu maybe sekarang juga..)
"setiap manusia harus di beri peluang kedua"
ya setiap manusia perlu diberi peluang kedua untuk membina kehidupan baru untuk kali kedua. tiada apa yang perlu di pertikaikan jika seseorang itu memerlukan peluang kedua untuk memulakan hidup baru..cinta baru. bagi aku peluang kedua lebih baik dari peluang pertama. manusia mampu berubah dengan hanya peluang kedua dan peluang kedua itu perlu dihargai dan berubah dengan baik sekali. :)
sesungguhnya aku bahagia kini.. cita-cita aku hampir tercapai kerana peluang kedua ini. dulu peluang pertama belajar aku sia-siakan namun peluang kedua ini aku lebih utamakan dari diri aku sendiri. lihat saja bagaimana aku menggunakan peluang ini sebaiknya.
terima kasih ya allah kerana kehidupan kedua ini. aku tak akan sia-siakannya dan aku akan berubah untuk kehidupan yang lebih baik akan datang.
andai kehidupan baru ini aku diberi peluang kedua untuk memiliki cinta alangkah bahagianya. tak akan aku sia-siakannya. insyallah.. aku makin matang meniti hari-hari baru. alhamdulillah..
tatapan mata hanya seketika..
"jika kita cintai seseorang lepaskan ia jika kebahagian mendampingi dirinya tanpa kita dan kebahagian dia adalah kebahagian kita juga.." - E.A.
"cinta tak semestinya dimiliki cukuplah hanya mampu dirasai.." - E.A.
"cinta suci ini hak milik suami.." - E.A.
Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya,
melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengan untuk dilindunginya
dan dekat dihati untuk dicintainya -adam&hawa-
No comments:
Post a Comment