lepas je aku tengok episod akhir NORA ELENA tadi, ramai yang post kat wall fb pasal cerita tu. ramai jugak pengaruh yang tonton drama romantik ni kan. tak sangka peminat terasa terbuai-buai dengan pembawakan jalan cerita yang menarik dan pelakon yang kacak dan cun.
walaupun aku follow cerita nie dipertengahan cerita, tapi bagi aku cerita nie sangat best. yela adaptasi dari novelkan, tapi tak boleh tandingi novel 'kasih yang suci' la. novel lebih menarik sebenarnya dari cerita sebenar, itu pendapat aku.
bila aku tengok watak nora elena, aku rasa dia tak beri banyak impak sebenarnya. yang menghidupkan cerita ni aku rasa aaron aziz, sebab aaron nampak memberi satu lakonan yang baik berbanding saleha. saleha nampak macam pura-pura lebih elok ayatnya saleha macam control lakonan dia. pada aku nampak boringggg...
tapi okey la tu, junior sekolah aku dah jadi artis terkenal. berlakon dengan aaron aziz pulak tu. ermmm.. aku je yang kerja belakang tirai je, dapat tengok tak boleh feel-feel. hehehe.. tapi bagi aku cerita nora elena nie sangat best!!!
tapi aku tahu ada juga yang tak suka cerita nie, katanya cerita mengarut. mungkin dorang tak pernah rasa menonton drama melayu, dorang tak pernah feel sebab tu bila tengok dorang kata cerita bodoh. orang filem sendiri cakap cerita tu cerita bodoh apa kes? jiwailah setiap karya yang terbit..
mungkin aku terlalu minat cerita melayu, walaupun cerita tu macam haram tapi aku tetap suka. lagipun cerita melayu taklah teruk mana pun, kalau nak kata cerita melayu klise..tak logik, aku tengok cerita orang putih lagi klise, lagi tak logik. cerita omputih banyak guna CGI, banyak guna benda-benda canggih sebab tu orang kita suka sedangkan uniknya satu cerita itu dari pembawakan cerita itu sendiri pada penonton..
kalau ada yang tak senang dengan kata-kata aku, takpelah.. ignore je. lagipun macam mana malaysia nak maju sedangkan industri sendiri di kutuk-kutuk. sedar kita tak setaraf nak disamakan dengan hollywood tapi orang filem kita berusaha untuk maju macam dorang, so korang support lah supaya pengarah-pengarah muda mampu buat cerita yang baik. betul tak?
bukan senang nak jadi seorang pengarah dan bila dah belajar untuk jadi seorang pengarah sentiasa ambil peduli persekitran industri seni kita, jangan dok bangkang je. kritik membina bukan menjatuhkan..
p/s : korang fikirlah sendiri.. korang tak bodohkan!!
memang best cerita ni . lakonan aaron memang aku salute . ;)
ReplyDeleteseronok kan jie , buat penonton terbuai2 dgn lakonan dorg :)
ReplyDelete