new year

GOODBYE 2010 WELCOME 2011

lagi 2 jam nak masuk TAHUN BARU
apa AZAM tahun nie ye??
entah tak fikir lagi..
MALAS nak berazam.. SEBAB...
berazam macam-macam tapi tak pernah buat..
berazam nak jadi itu ini tapi HABUK pun tarak..

tapi..

tahun 2011 nie aku nak buat sesuatu yang lebih baik dari tahun 2010..
itu lebih baik dari berazam entah apa-apa kan..
aku berdoa semoga tahun baru nie,
akan beri KEBERKATAN dan KEJAYAAN pada aku..
amin...
semoga aku dapat boyfrenz yang HENSEM dan BAIK ..
(nak jugak yg ensem! tak malu ;p)
hahaha...

untuk tahun 2010,
kenangan tahun lepas buat aku belajar erti keHIDUPan,
belajar dari kesilapan,
BANGKIT dari keGAGALan

biar kenangan lepas memberi seribu makna dalam diri aku,
dan...
semoga kemanisan tahun ini lebih banyak dari kepahitan lalu..

kenangan itu indah

tiba-tiba RINDU awak,
teringat balik saat manis kita..
tersenyum terkenangkan telatah awak..

tapi awak..

tak pernah rindu saya,
tak pernah ingat saat manis kita..
tak pernah kenangkan perasaan saya..

betul kata orang,
setiap pertemuan ada perpisahan..

bagi saya,
saya tak pernah berpisah dengan awak,
walau awak jauh di mata saya..

tapi..

awak sentiasa dekat di hati saya..
awak sentiasa dalam jiwa saya..

kan seronok kalau masa boleh di putarkan,
macam benda saya nak buat untuk awak..

tapi..

mesti ada tapi dalam pertemuan kita..
kenapa yee??

biarlah saya pendam perasaan ini,
sebab saya tahu perasaan awak pada siapa..

tapi kan awak...

aishhhhh.. tapi lagi!!!!

tapi yang terakhir okeh..

saya nak awak tahu,
jikalau awak sedut udara segar,
awak sedut perasaan saya..

jikalau awak merungut cuaca panas,
awak merungut dengan kedegilan saya..

jikalau awak memuji bintang yang tercantik di langit,
awak memuji sikap saya yang tak henti-henti menunggu..

dan..

jikalau awak membasuh diri awak dengan air,
awak menyerap jiwa saya masuk dalam diri awak..

jika benar apa yang saya kata..
awak akan saya sayang hingga hujung nyawa..

perkara paling rindu nak tengok awak buat..
adalah...

benda paling PELIK yang pernah awak buat..
nak tahu??
RAHSIA...

manusia

dah 3 hari tak UPDATE blog
bukan malas tapi takde cerita nak borak..
bosan dengan orang keliling aku yang HIPOKRIT!!
hanya tahu berkata-kata,
tapi HABUK pun takde!!
BODOH kah aku kerana mendengar kata SIAL mereka??
hahahahahah!!!!
aku diam untuk berfikir,
untuk melihat sejauh mana pergerakkan mereka..

"BERKATA biar selari dengan pandangan MATA"

ingat,
kau cuba TIPU..
kau cuba BOHONG..
tapi aku tau kau sendiri tiada ARAH TUJU!!
aku baru balik dari MELAKA..
penat..
letih..
mau rehat..
jalan sakan..
tengok orang, tengok bangunan..
tapi,
JIWA KOSONG
:(
heppy tengok orang heppy..
walau aku sedih..
panas kat melaka..
SESAK..
banyak traffic light..
best..
sebab angin laut..
rasa terbuai-buai..
kan seronok..
kalau aku datang dengan dia..
die ske jalan-jalan..
beli itu, beli ini..
tapi,
tu angan-angan..
biarlah..

"awak saya takde coklat untuk awak" :(

dulu dan kini

dulu aku RAPAT sangat dengan dia,
dia KAWAN BAIK aku..  
DULU laaaa...

KINI...

dia makin jauh dengan aku,
entah kenapa dia berubah macam tu..
mungkin dia SIBUK..
mungkin juga dia PENAT..

aku diam kan aje apa yang berlaku,
tapi aku tak MAMPU tipu diri aku..
aku nak KAMI macam dulu..
ketawa gembira, susah duka.. kongsi segalanya..

KINI..

sejak dia ada PEGANTI aku,
dia makin menjauh..jauh dan terus jauh..
selisih bahu hanya senyuman yang mampu dia beri kat aku..
tak macam dulu,
sapaan riang, tepuk tampar..
itu DULU bukan KINI..

kalau la dia tahu perasaan aku..
aku SAYANG dia sebagai teman rapat..
mungkin aku tak mampu buat dia GEMBIRA..

tak mengapa..
biar aku tanggung DERITA semuanya..
tanpa dia mengetahui apa yang aku rasa..

pada kau.. aku sentiasa ambil tahu tentang diri kau,
aku sentiasa perhatikan kau,
mungkin kau tak perasan aku..

dan..

aku terasa sejak kemunculan orang baru,
kau LUPA aku..

aku bukan CEMBURU..
tapi KECEWA..

SEBAB...

kau pentingkan diri,
kau LUPA aku.. kawan kau kenal DULU..
sebelum kau jumpa yang BARU..

tak mengapa..
mungkin ada hikmah dari apa yang berlaku..
aku doakan kau bahagia dengan dia..

dan..

aku berharap kau BERJAYA dengan apa yang kau buat..

kau tetap kawan baik aku..
SELAMANYA..
walau aku kau dah LUPA..

"kenangan hanya tinggal kenangan"

kerana sesuatu itu...

bangun pagi siap kemas rumah, siap sarapan aku terus menuju ke lappy. entah kenapa hari ini aku blur tak tahu apa yang harus aku lakukan. mahu berkarya tiada idea, mahu lihat laman sesawang seperti tiada mood.. kenapa dengan aku hari ni? 

aku merenung dalam-dalam lappy aku, aku cuba mencari sesuatu namun tak ku temu. aku lihat lagi, lihat dan terus melihat tapi hampa. apa yang aku cari!! bodoh.. 

bodohkan aku ni, hanya kerana sesuatu benda buat aku jadi gila macam ni. apa benda tu? tak perlu korang tahu. korang pun tak pernah amik tahu urusan aku kan, jadi jangan menyibuk!!

kepala aku semak dengan sesuatu itu. bodoh!! fikir lagi tentang sesuatu itu. kenapa perlu ada sesuatu dalam jiwa aku, dalam diri aku sedangkan sesuatu itu sudah aku cuba buangkan jauh. jauh dari penglihatan aku namun.. 

pada aku sesuatu itu buat aku rasa sesuatu yang tak pernah aku rasa dulu. pelik tapi itu kenyataan, sesuatu itu telah buat aku asyik memikirkan tentang sesuatu itu tapi bila aku mahu jadikan sesuatu itu indah sesuatu itu menjadi gelap tanpa memberi sedikit ruang untuk pancaran cahaya. kenapa?

sesuatu itu susah untuk dibentuk menjadi sesuatu yang indah kerana sesuatu itu berbeza dengan sesuatu yang lain. sesuatu itu penuh dengan duri, penuh dengan habuk. sesuatu itu perlu dikemaskini namun tiada sesuatu sebersih sesuatu aku untuk membersihkan sesuatu itu.

kerana sesuatu itulah aku tidak keruan, kerana sesuatu itulah aku blur macam orang gila. sesuatu oh sesuatu. sesuatu itu jika dibiar tanpa tiada siapa memikirkan tentang sesuatu itu, sesuatu itu tidak lagi wujud menjadi sesuatu. aku terlalu menghargai sesuatu itu.

sesuatu itu hanya ada satu bukan dua atau selebihnya. masih melihat sesuatu itu yang berlegar sekitar ruangan otak aku. sesuatu...

ucapan dati seri :)


gambar nie untuk KAWAN-KAWAN saya..

"awak sentiasa dalam hati saya" - EA

betol korang sentiasa dalam hati aku ! ALWAYS...
walaupun aku takde dalam hati korang..

untuk KAWAN ASWARA yang nak peTA sem depan :
"GOOD LUCK U OLLS" - EA
"buat yang terbaik untuk peTA korang. aku sokong dari belakang"

untuk yang tak peTA :
"GOOD LUCK jugak. hope aku leh peTA sama-sama dengan korang" - EA
"do da best! yakin boleh! cewah"

untuk budak-budak KILANG SKRIP PRODUCTION :
"maju dan lebih maju untuk sem akan datang"
"bersaing dengan sihat ye kawan-kawan ku" - EA

untuk KAWAN bukan aswara iaitu kawan sekolah, kawan unisel :
"GOOD LUCK untuk korang gak" - EA

apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk korang. AMIN..

M.H.S.

APAKAH makna MHS?

makna yang sangat memberi erti pada aku,
KENAPA?
sebab M untuk Masih
dan H untuk Hidup
akhir sekali S untuk Sendirian
jadi bila digabungkan menjadi..
Masih Hidup Sendirian

YA aku masih hidup sendirian..
tanpa peneman taktala suka,
tanpa sokongan ketika duka..
 
tapi..
aku tak pernah berputus asa,
KERANA...
aku masih ada seseorang,
memberi inspirasi pada aku,
buat aku tersenyum,
dia kekuatan aku untuk terus menempuhi dugaan ini..

dan..

dia tahu aku sangat sayang dan suka kan dia..

walaupun..

tersenyum je aku bila aku kenangkan kisah dulu,
APA DIA?

RAHSIA !!!

usaha

cahaya,
angin,
guruh,
hujan..

semua menjadi satu,
satu perasaan yang sama..

cahaya,
panas..
hangat..
sehangat KASIH aku untuknya..

angin,
sejuk..
berlalu tanpa berpusing kembali ke belakang..
seperti HIDUP aku..
terus berjalan tanpa menoleh kehancuran semalam..

guruh,
kuat..
memberi ketakutan pada manusia..
sekuat aku menjalani kehidupan ini..
sentiasa menjadi perbualan manusia sialan..
berkata entah apa-apa..
kerana ketakutan mereka atas aku yang KUAT..

hujan,
basah..
walau HIDUP ini dilanda hujan yang lebat..
aku basah demi sebuah pembelaan..
dan.
kering untuk sebuah kebahagiaan..

indah cahaya hari ini..
namun kilat melanda jiwa kala mendung hati ini..

tiada siapa mengerti,
tiada siapa fahami..
kerana..
manusia BODOH untuk mentafsir erti..

perjalanan hidup aku tidak berhenti disini,
aku teruskan perjuangan,
berkorban demi kejayaan..

untuk memiliki sekeping hati,
memerlukan pengorbanan sejuta kesabaran..

untuk memiliki segulung ilmu,
memerlukan pengorbanan seribu ganda kajian..

untuk MATI mudah..
untuk HIDUP susah..

berusaha atas dasar CINTA..
berkorban atas dasar SAYANG..

SAYANG dan CINTA hidup atas dasar manusia..
perjuangan belum tamat..
penantian hampir ke penghujung jalan..

bersabar dan terus bersabar..
berdoa dan terus berdoa..

tiada apa

kawan,
aku bahagia lihat kalian bahagia,
aku gembira lihat kalian gembira,
di samping mereka teristimewa..

kawan,
biar aku hanya melihat kebahagian kalian,
biar aku hanya memendam kesengsaraan ini,
biar aku menanggung segala kepahitan..
atas dasar aku sebagai KAWAN..

kawan,
aku seronok mendengar luahan kalian,
kalian bahagia bercerita,
aku tersenyum mesra..

namun..

kawan,
tidak perlu tahu apa aku rasa,
tidak perlu tahu apa yang terduga..

kerana kalian KAWAN selamanya..

biar pahit ini aku telan sendirian..
tanpa kalian tahu aku hampir mati..
mati menelan racun kehancuran..

melihat kalian bahagia..
aku turut merasa kebahagian itu..

melihat kalin bersedih,
biar aku tanggung kesedihan itu..

melihat kalian ketawa,
aku turut ketawa.. dalam diam aku menangis..

menangis kegembiraan melihat kalian..

SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA..

termasuk awak budak cool blue!!

KAWAN + SAHABAT

saya RINDU kawan-kawan saya!!
tapi...
rindu kah mereka dekat saya??

semua KAWAN-KAWAN saya sibuk..
saya TAK KISAH..
tapi,
bila mereka FREE saya ajak hangout..mereka..
bagi banyak ALASAN..
kalau mereka tahu perasaan saya!!


saya dah TAKDE siapa-siapa lagi,
KAWAN hanya sekadar nama...
PERSAHABATAN kami dah tiada PENGERTIAN..
saya..
KECEWA..
tapi...
kalau mereka tahu perasaan saya!!

kat ASWARA saya banyak KAWAN..
KAWAN baik,
KAWAN jahat..
semua ada..

tapi,

saya RINDU kawan bilik saya,
saya RINDU kawan kelas saya,
saya RINDU kawan baru saya,
saya RINDU kawan saya tapi kami dah GADUH!!

saya BINGUNG!!
apa makna KAWAN sebenarnya..

MAAF KAWAN..
jika saya pernah lakukan kesilapan..
pernah sakiti hati kalian..
maaf dipinta atas dasar seorang KAWAN kepada KAWAN.. 

boring + rindu

boring.. 
itu gambaran untuk saya ketika ini..

kenapa ??
sebab saya RINDU dia...

siapa ??
SESEORANG yang JAUH dimata , tapi DEKAT dihati ini...

dimana dia ??
dia ada dalam HATI saya !! SENTIASA..

bagaimana rupa dia ??
dia BIASA saja tapi UNIK orangnya..

sikap dia ??
kuat MEMBEBEL tapi MANJA !! SANGAT..

mengapa suka dia ??
sebab dia buat saya GEMBIRA melihat telatah dia...

rasa dia suka awak tak ??
dia BENCI saya !! dia salah sangka terhadap saya..

apa awak nak buat untuk tebus silap awak ??
kalau boleh saya nak MINTA MAAF kat dia, bagi dia COKLAT dan...

dan apa ??
takde pape lah !!

awak okeh ??
OKEY JEE..

ada soklan lagi tak ?? saya dah malas nak jawab.. MAAF!!

18/12/2010

hari ini,
bermula kisah baru,
semangat baru,
jiwa baru,
cinta baru,
kasih baru untuk aku...

hari ini,
aku melihat kisah lalu pergi,
tanpa aku sedari,
kisah lalu memberi seribu pengertian pada aku..

hari ini,
aku menerima ucapan dan doa oleh kalian,
aku amat hargai,
namun..
aku masih menanti,
dari seseorang..

biarlah..
aku hanya berfantasi ketika ini..
dia sudah benci..
tidak akan ingat hari istimewa ini..

hari ini,
tidak lagi ada dia dalam hati..
namun,
mampukah????

hari ini,
penuh dengan kenangan semalam..
bersama kalian semua..

kenangan tetap menjadi kenangan...

malam hari lahir

malam nie,

aku menanti sesuatu,

pesanan ringkas dari seseorang..

tapi..

aku tahu,

ini semua hanya mimpi..

pesanan ringkas itu hanya ilusi,

tiada lagi untuk aku,

malam ini..

dan malam-malam mendatang..

aku tidak kecewa..

tidak juga bersedih..

kerna aku tahu apa yang terjadi..

maaf

maaf,

maaf,

maaf,

maaf...

malam persembahan

malam tadi kau buat aku asyik tersenyum je. hampair dua hari aku ngadap muka kau, dan 2 hari jugak lah aku tak henti-henti nak ketawa tengok gelagat kau mana tak nye hari pertama kau asyik ngadap PSP je. pastu membebel ntah pape.. haiiiii.. kau buat aku ketawa lagi, tapi waktu tu aku cuba tahan dari ketawa sebab takmo kau terasa aku gelak kan kau. yelah kau kan kekwat. huh!! hehe.. aku tahu kau tak selesa naik kereta himpit-himpitkan sebab masa tu aku tengok muka ko kelat sangat.. ke kau meluat tengok muka aku nie? tapi masa tu aku tak kisah pun kau meluat ke tak, yelah aku datang sana pun bukan sebab ada kau, tapi sebab kawan kau merangkap kakak aku yang ajak okeh. huh!! hehe..

malam keduanya, iaitu malam semalam aku tahu kau terasa sebab aku tak puji kau kan atau kau sebenarnya terasa aku memerli kau sebab aku puji kawan-kawan kau? jawapan pada kau. aku tak pasti. tapi malam tu aku tak berani puji kau, takut kau kata aku terhegeh-hegeh kat kau. sebenarnya, pada aku kau sangat-sangat hensem malam tu berbanding kawan-kawan kau yang lain. aku ikhlas puji kau bukan sebab aku suka kau! suka kau dah jadi sejarah dalam hidup aku. tapi sebab malam tu kau nampak tampan macam lelaki sejati. aku suka tengok...

dan malam tu jugak kau buat perangai! aku tahu kau benci aku, tapi jangan la tunjuk sangat. dengan muka kau yang kononnya comel tu(tapi memang comel pon).. hehe. kau tahu nape tiap kali aku tangkap gambar bila kau ada aku akan tergelak?? sebab perangai kau tu. macam budak-budak. sia-sia je kena marah dengan aku kan. tapi sikap kau tu buat aku suka, nampak sangat manja. SUMPAH.. kau manja!

malam tu, kau lain dari yg lain. sesungguhnya anugerah perasaan untuk aku suka dan sayang pada kau dulu pada aku tidak sia-sia sebab aku tahu kau memiliki segalanya. eh pondan jangan la kau dok ngata aku dalam pesbuk, ngata belakang aku. aku tak suka. nak ngata,ngata depan aku. baru gentleman.. aku sangat terasa bila kau kata "jangan mempertaruhkan kawan untuk kepentingan diri sendiri". aku tak pernah pertaruhkan sesiapa dalam hal nie. harap kau faham!! tolong jangan cakap kalau tak tahu apa-apa!! kalau kau nak tahu, aku tetap anggap kau sebagai seorang lelaki bukan PEREMPUAN okeh! kau LELAKI!! hensem tapi.....

GILA

orang kata aku GILA!!

yup sememangnya aku GILA,

terlalu GILA dan sangat GILA,

walau di tolak cintanya aku tidak KECEWA,

kerana aku GILA!!

tak patah semangat aku untuk berusaha,

ada hikmah setiap apa yang berlaku,

kalian tidak mengenali aku sebenarnya lagi,

aku terlalu GILA!!

GILA akan sesuatu yang mendamaikan...

"Kasar luaran Lembut dalaman. Itu gambaran untuk aku" - E.A.

kasih aswara

terlalu cepat ku rasakan putaran masa,
seperti semalam saja kami bertemu,
bermesra,
tetawa..

hari ini sudah mula aku rindu segalanya,
tentang persahabatan kami,
dalam dunia ciptaan kami sendiri,
yang kami lakarkan dengan fantasi..

bagi aku,
setiap saat bersama kalian adalah detik indah dalam hidup aku,
tiada seindah kenangan kita bersama,
banyak telah aku lakukan bersama kalian,
segalanya terpahat dalam dairi hati ku...

aku rindu kalian..
terlalu rindu...

p/s : sally apple, Miss J , ain chelsea, asean & pendakap gg, aku rindu nak bercerita dengan korang.

berakhir semesta 1 2010/2011

mulai saat ini,
berakhir semesta satu buat aku..

aku akan merindui sahabat-sahabat ku,
aku tinggalkan kenangan lama di sini,
dan..
akan kembali untuk kenangan baru semesta hadapan..

kepada rakan-rakan ku,
selamat bercuti..
aku amat merindui kalian..
jaga diri, jangan lupa aku di sini..

sedih untuk meninggalkan kenangan ini,
suka duka, gelak tawa..
sesungguhnya semesta ini memberi aku kekuatan..
memberi aku seribu pengalaman..

sungguh bahagia walau perjalanan cerita penuh duka..
indah tidak terkata..

rindu..
sangat rinduuuu..

lalalalalala~~~

9 december 2010
12:55 am

p/s : apabila membaca perlu lakukan dua perkara iaitu pertama, pandang mata ke atas dan kedua, letakkan tangan di atas bahu. selamat membaca...

budak kekwat dengar sini aku nk bgtau ko nie. esok ko akan exam peTA awal kan, ko wat yg terbaik k. kalau ko tak wat yg terbaik pon ko yang akan gagal bukan aku. hah!! agi satu ko tolong jangan serabut sangat sebab bila ko serabut aku tengok dah macam orang utan dah, tak terurus. ko tu tak la kacak mana jadi bila berserabut ag bertambah buruk. HAHA!! tapi cumel..

budak kekwat aku tak mengaharap apa-apa dari ko, jadi jangan pikir bukan-bukan erk. aku nak kawan je dengan ko kot. huh! kekwat sungguh ko nie. weeekkkkkk!!! ag satu yang ko nak marah sangat aku suka ko nie kenapa? bukannya aku nak kawen dengan ko pon. sekadar suka je kot. eleh aku tak heran la ko block aku, pasni aku leh wat facebook baru, pastu aku add ko. ko bukannya tau pun. weeekkkkkk!!

eh budak kekwat, leh tak aku panggil ko budak comel yela aku kesian sebab takde sape yang cakap ko comel kan, ko je kadang-kadang perasan. haha. tapi ko memang comel and aku terima ko seadanya atas diri ko bukan sebab lain. aku harap ko berjaya walaupun ko sangat over. haha. sem depan kita jumpe lagi and aku nak sangat tengok sikap kekwat ko, sikap perasan vogue ko tu sebab benda tu yang wat aku rindu kat ko.

alamak aku nie dah terlebih lak tulis, ko pon makin meluat kat aku kan. aku pon meluat kat ko gak, haha. ada ko kisah, tak kan.. so aku kisah. haha. bye pondan kacak!! do da best okeh. 

rindu teramat sangat

malam ini.. aku terasa RINDU,
pada siapa agaknya..

entahlah..

fikiran aku asyik melayang,
melayang jauh..
entah kemana..

rindu..

aku rindu pada keluarga,
aku rindu pada sahabat,
aku rindu pada kau..

kenapa?

rindu senang di ungkapkan..

tapi..
jarang di ertikan..

sesungguhnya rindu itu datang dari hati,
ikhlas mengikut emosi..

mengapa selalu di salah erti..
sehingga timbul konflik benci..

malam ini,
aku sangat merindui..
riuh rendah keluarga aku..

malam ini,
aku sangat merindui..
gelak tawa..tangis duka sahabat ASWARA ku..

malam ini,
aku sangat merindui..
detik pertama pertemuan kita dahulu..

kenapa perlu malam ini?

tangisan aku tiada siapa dengari..
aku sembunyikan ia,
di balik tirai senyuman..

biar rindu ini pergi bersama angin lalu,
tanpa memberitahu mereka,
tentang apa yang aku rasa..

untuk kau M****...

lupa..

itu pasti,

dia makin meluat melihat muka aku..

dan aku berjanji,

aku tidak akan hadir dalam hidup dia lagi..

sesungguhnya aku gembira bertemu dia,

sepanjang perkenalan..

dia sangat istimewa pada aku,

senyuman dia,

telatah dia,

buat aku gembira..

kini,

dia membenci aku atas satu perkara..

tidak mengapa,

aku redha dengan kehendak hatinya..

aku akan lupakan dia..

selamanya..

p/s : kau sangat istimewa dan unik pada aku m**** . 

walaweh kau!!

bila fikir,
buat aku benci!!

bila lupa,
hati jadi sakit!!

pedih..

tapi tak mengapa..

aku tetap akan sentiasa terkenangkan nya..

dia memberi aku satu jalan cerita,
indah belaka..
tidak akan ku lupa..

menarik tapi hambar,
teruja tapi kusam,
rindu jadi benci..

meluat itu buat aku suka pada sikapnya..
kelakar buat aku ketawa sendirian..
comel bila dia sebegitu..

aku hanya mahu berteman dengan dia,
bukan berkasih..

tapi..

dia tidak mengerti..

tidak mengapa..

aku masih memerhati,
masih mengambil tahu tentang dirinya..
kerana aku benar-benar ikhlas mahu mengenalinya..

jika dia tahu,
aku amat hargainya..

jika dia tahu,
aku amat memerlukan kehadirannya..

jika dia tahu,
dia istimewa pada aku..

biar dia buat sebegini,
aku redha..

permainan ini menjadi saksi,
antara kami..

galeri filem

galeriFILEMduniaaku!!

sebagaimana yang korang tahu hari nie aku, syah, aniq, ain dan farha pergi galeri filem dekat titiwangsa. penat jugak lah sebab dari pagi sampai ke petang dok kat galeri seni tu kan. lagipun ada event ramah mesra dengan artis, Rusdi ramli dan Fida. Apa yang buat ia lagi seronok adalah aktiviti yg finas anjurkan. walaupun tak ramai student yg hadir, permainan tetap di jalankan. pada aku seronok bukan hanya pada permainan yg dorang anjurkan tapi kerana pengenalan antara kami semua. walaupun kami tak mengenali satu sama lain, namun dengan adanya aktiviti ini boleh merapatkan pengenalan kami. seronok sangat tadi. banyak gambar aku kat galeri filem tadi. nak tengok gambar bukak lah pesbuk atau nama saitifiknya muka buku aku ye. enjoy semua...

masih

bila melihat hati jadi sayu,
bila memendam hati jadi sakit,
bila menunggu jiwa makin meronta,
bila menjauh hati jadi perit,
hanya kasih jawapan segalanya..


aku hanya membiarkan perasaan ini berlalu,
tanpa ada sedikit pun luka,
biar aku yang merasa,
segalanya..


dalam diam aku melihat,
perubahan..
masih sama cuma perbezaan pada rupa sahaja,
dimana ia makin dimamah masa,
kesibukkan itu alasannya..


biar ia pergi membawa hati sepi,
aku sentiasa di sini,
menunggu angin menyampaikan kasih,
dari perkabaran baru darinya..
masih menanti..


aku lihat itu,
aku pandang ini,
tetap sama..


jiwa masih sama,
kosong tanpa sesiapa,
kosong tiada jiwa,
kosong..makin kosong..


apa yang ada,
hanya setitis air mata,
untuk pengisian kekosongan jiwa..