kerana sesuatu itu...

bangun pagi siap kemas rumah, siap sarapan aku terus menuju ke lappy. entah kenapa hari ini aku blur tak tahu apa yang harus aku lakukan. mahu berkarya tiada idea, mahu lihat laman sesawang seperti tiada mood.. kenapa dengan aku hari ni? 

aku merenung dalam-dalam lappy aku, aku cuba mencari sesuatu namun tak ku temu. aku lihat lagi, lihat dan terus melihat tapi hampa. apa yang aku cari!! bodoh.. 

bodohkan aku ni, hanya kerana sesuatu benda buat aku jadi gila macam ni. apa benda tu? tak perlu korang tahu. korang pun tak pernah amik tahu urusan aku kan, jadi jangan menyibuk!!

kepala aku semak dengan sesuatu itu. bodoh!! fikir lagi tentang sesuatu itu. kenapa perlu ada sesuatu dalam jiwa aku, dalam diri aku sedangkan sesuatu itu sudah aku cuba buangkan jauh. jauh dari penglihatan aku namun.. 

pada aku sesuatu itu buat aku rasa sesuatu yang tak pernah aku rasa dulu. pelik tapi itu kenyataan, sesuatu itu telah buat aku asyik memikirkan tentang sesuatu itu tapi bila aku mahu jadikan sesuatu itu indah sesuatu itu menjadi gelap tanpa memberi sedikit ruang untuk pancaran cahaya. kenapa?

sesuatu itu susah untuk dibentuk menjadi sesuatu yang indah kerana sesuatu itu berbeza dengan sesuatu yang lain. sesuatu itu penuh dengan duri, penuh dengan habuk. sesuatu itu perlu dikemaskini namun tiada sesuatu sebersih sesuatu aku untuk membersihkan sesuatu itu.

kerana sesuatu itulah aku tidak keruan, kerana sesuatu itulah aku blur macam orang gila. sesuatu oh sesuatu. sesuatu itu jika dibiar tanpa tiada siapa memikirkan tentang sesuatu itu, sesuatu itu tidak lagi wujud menjadi sesuatu. aku terlalu menghargai sesuatu itu.

sesuatu itu hanya ada satu bukan dua atau selebihnya. masih melihat sesuatu itu yang berlegar sekitar ruangan otak aku. sesuatu...

No comments:

Post a Comment