C.I.N.T.A.

Apa itu cinta??
Pada aku cinta sesuatu yang misteri. Ia datang tanpa di duga. ia pergi begitu saja dan hati yang menanggung segala duka bagai nak gila di buatnya. huh!! Cinta buat ramai orang bahagia namun tak semua bahagia. kerana cinta ada yang berduka, kerana cinta ada yang gila, kerana cinta juga ada yang berjaya menjadi seorang manusia berguna.

Ada apa pada cinta??
Cinta adalah sebuah fantasi yang kita cipta sendiri melalui hati dan perasaan yang terbit untuk kita fahami, rasai dan hargai. semai cinta biar mekar kembang, wangi menyelubungi kebahagiaan. Cinta memang buta. tak mengenal paras rupa, tak memilih harta benda. cinta yang ikhlas boleh di lihat melalui mata. mata yang mengambarkan segalanya. dan aku.. aku betul-betul sudah jatuh cinta.

Pengertian cinta??
Cinta sangat suci. bagai kain putih yang baru hendak dilakar corak kehidupan perjalanan bermula sebuah cinta yang dibentuk melalui jiwa yang tulus menerima seadanya. sesungguhnya cinta sangat unik, istimewa dan nikmatnya hanya insan yang benar-benar rasai 'cinta' akan mampu menikmati setiap cebis-cebis cinta..

Dan aku menulis ini kerana cinta nya aku pada sesama manusia untuk mempertingkatkan jati diri supaya aku mampu meneruskan kehidupan walaupun tanpa cinta. dan sesungguhnya cinta aku pada yang satu iaitu ALLAH SWT. Namun cinta sesama islam tak pernah ku lupakan kerana ia pembangkit sebuah kekeluargaan. juga pada insan istimewa..aku hanya akan cintakan kau apabila pintu hati ini di ketuk untuk menerima kau.

TERIMA KASIH CINTA KERANA MEMBAWA AKU KE SUATU TEMPAT YANG AKU CUKUP KAGUMI DAN KERANA CINTA JUGA AKU BERTEMU DIA!! AKU CINTAKAN SENI BUDAYA WARISAN KITA DAN KERANA CINTA INI AKU BERUSAHA MENCURI HATI SI JEJAKA YANG BELUM PERNAH KU TEMUI SIAPA.

jadikan ia satu persoalan pada pembaca blog ini kerana mereka akan cuba mencari siapa?? fahami setiap apa yg ingin aku sampaikan. cinta aku sangat luas pandangan jiwa ku.. aku cinta pada sesiapa yang cuba mencintai aku. termasuk KAU si pembaca.. biar aku menjadi orang yang MISTERI di sini...

HAHAHAHAHAHAHA

Aku masih mengekori kau,
Melihat sejauh mana permainan ini..

Kau takut untuk berdepan dengan aku??
Kau takut atau kau seorang PENGECUT??

HAHAHAHAHAHA!!!!

Aku bisa ketawa besar melihat kau berduka,
Kau larikan hati kau dari aku..
Namun kau dekati kasih dan jiwa kau padaku,
Kau ingat aku bodoh!!

HAHAHAHAHAHA!!!

Kau seksa jiwa kau,
Kau seksa batin kau BODOH!!

Namun sekilas pandang kau bagai binatang buas,
Bagai SETAN bertopeng manusia..
Kau sungguh hina disisi aku,
Kerna kau takut menempuhi dugaan ini bersama!!!

Kau..Kau..Kau..
Memang..Memang..Memang..
BODOH!!!!!

In character : Bengang.
PERINGATAN : "Tiada berkaitan yang hidup ataupun yang mati. HARAP MAKLUM."

SUKA SUKI PRODUCTION
UBI-UBI PRODUCTION

Kisah..

Aku lihat..
Aku toleh..
Aku jenguk..
Aku pandang..
Aku renung..

EH KAU!! Lama tidak ketemu..

Aku senyum,
Kau ketawa..

Aku cerita,
Kau pendengar setia..

Aku pergi,
Kau biarkan saja..

Kerna kau kata padaku..
"Sejauh mana kau pergi, kau tetap dihati..SELAMANYA"

Aku ketika itu terkedu..
Kau pegang tanganku.. LALU..
Kau kucup dahiku tanda bermula ikatan suci..
KAU KAHWINI AKU..

Biar angin malam ini dibuai mimpi indah tentang kita berdua..
SELAMANYA kau dalam pelukan ku..
Tidak akan ku lepas hingga pelukan terakhir..
Kau nyawaku..Kau kekasih dunia akhirat ku..
Kau..Kau..Kau.. SUAMIKU..

Usapan lembut dahiku,
Membuatkan aku tersenyum..
Kau masih disini bersama aku menempuhi dunia baru..
Kau KESAYANGAN KU..

Ingat sayang kata-kata ku
"Jika aku diberi pilihan antara kau dan nyawaku, akan ku pilih nyawaku.. kerna nyawaku adalah dirimu nadi nafas hidupku. Hilangnya nyawaku bererti hilangnya dirimu"

Genggam tanganku..
Kerna cinta mulai mengalir dalam darahku..
Kau dapat rasakan nya??
Kau hanya pejam mata dan merasainya..
Sungguh syahdu..
KAU ISTIMEWA BUATKU..

Harapan SIALAN!!

Kau buat diri terseksa!!

Kau beri harapan tanda cinta!!

Namun kau menghampakan setiap jiwa!!

Kau memang SETAN bertopeng manusia!!

Kau pengkhianat dunia sesama manusia!!

Kau hilang sekelip mata!!

Muncul sehingga menjadi tanda tanya!!

Kau memang HINA!!

genggaman

Bila harapan tinggal harapan,

Kasih yang terungkai tiada jawapan,

Cinta tersemai bagaikan hilang seri,

Benci hanya sekadar penghibur duka,

Lara yang di tanggung pedih bagaikan tertusuk sembilu,

Cerita yang tercipta hanya mimpi semata-mata,

Kerana tiada lagi pelakon penghibur lara..

Kau pergi tanpa menoleh ke belakang,

Yang tinggal hanya titisan air mata..

berbuka puasa

     Jam menunjukkan pukul 4.30ptg. Aku sudah sampai ke rumah untuk bertemu keluarga. Sampai je rumah ingat dapat la rasa masakan mak aku kan, tapi alih-alih abah aku kata berbuka kat rumah nenek aku. okeh la aku pun terpaksa redha la kan. huhu.

     Sampai je rumah nenek aku, butang bijik mata aku nie tgk makanan. YA ALLAH banyak nye makanan. sedap-sedap lak tu. aishhh.. tak saba nye nak makan. bila dah masuk waktu berbuka, aku makan sikit je. sampai mak aku tegur. takde selera la. sebab baru baik demam kan. huhu. tapi apa2 pun aku enjoy giler tadi :)

KENAPA!! WTF!!??

Kenapa dengan aku ni!!!!
Tiap kali kenangkan kisah itu..
Aku jadi tidak tentu hala,
Apa yang telah terjadi??
Jawapan pada aku..tapi tidak pasti.


Aku beranikan untuk mencari jawapan,
Seluruh pelusuk hatiku gali,
Namun tidak juga ku temui,
Aku kah yang terlalu mengikut kehendak hati??
Atau bayangan mimpi berulang kembali??


Aku bingung lantas berlari,
Ku tinggalkan perasaan ini,
Jauh dari sudut hati,
Biarkan ia pergi tanpa menganggu ku lagi,
Namun aku tidak mengerti..
KENAPA aku yang terpaksa lalui semua ini!!!!!


Aku bukan selemah ini!!!
Aku kuat!!!
Aku tabah!!!
Aku kental!!!
Aku..aku..aku..
iskh..iskh..iskhh..


Tangisan bukan sekadar untuk perhatian ramai,
Tangisan ini untuk menangisi,
Setiap apa yang terjadi,
Pada aku yang sedang di alam sendiri.
Aku pergi..
Membawa hati..

Demam

Bila hidung mula berlendir,

Tekak mula perit,

Kepala berpusing kepeningan,

Aku menyedari tiada apa yang dapat ku lakukan lagi,

Kerana ancaman sudah menyerang,

Tubuh mulai lemah,

Aku akur,

Mata yang berat aku pejam,

Aku dibuai mimpi,

Kerana aku demam di hari ini.


JIWA

Jiwa


Yang membara,


Jiwa,


Yang meronta untuk keluar,


Jiwa,


Yang mengasingkan diri dari dunia sebenar.


Jiwa aku hanya di ASWARA.

lepak di bumbung aswara


     Tadi sebelum berbuka, aku bersama membe-membe aku lepak kat atas bumbung aswara. Memang 1st time naik aku gayat, tapi lama-lama.. aku jd seronok. Melihat keindahan kota KL dari atas membuatkan aku tenang. Angin yg menyamankan buat aku terbuai-buai. Kami tak lepak saja-saja, dalam kami melepak kami mencari idea untuk buat short film and lakon teater(monolog) nanti.

     Dalam pada aku melepak, aku dan mus berlatih teater. yela sebagai kawan aku tunjuk ajar la kat mus cara-cara nak beremosi dalam persembahan teater. Aku memang tak teror, tapi aku pernah belajar teater dulu. so leh la ajar sikit-sikit. :) Pas je berlatih dengan mus, aku and membe-membe borak-borak kosong sambil-sambil nak tunggu bebuka. ermmm.. aku rasa sangat seronok bila berada atas bumbung tu. Korang kena cuba tau. best!!!!!

     Dalam aku mencari ketenangan, aku mendapat idea untuk mengarang puisi. aku memang suka bab-bab puisi nie. hehe.. baca jela ye korang :)

-----------------------------------------------------------------------------------

Melihat burung berterbangan,
Aku rasa bebas,
Aku inginkan kebebasan yang sama seperti mereka,
Kesana kemari bersama,
Terbang bebas dipenuhi kebahagian,
Namun kebebasan meraka tidak lama..
Seperti aku...

Aku sepi, 
Aku inginkan kebebasan,
Tiada siapa mengerti,
Tiada siapa fahami,
Untuk disayangi dan menyayangi.

Lihat dunia,
Aku makin dewasa,
Makin matang untk berusaha,
Mencari dimensi baru,
Aku memulakan tranfomasi,
Dunia aku berubah,
Menjadi sebuah fantasi yang tak berpenghuni,
Aku makin sepi..sepi dan sepi.

Sedih

     Kenapa?? mesti korang nak tahu kan. Tiap kali aku baca blog prescilla, aku jadi sedih. Tak tahu kenapa. Aku tahu dia meronta-ronta mahu keluar dari kelompok hidupnya yang terkongkong. Namun apakan dayanya, keluarga tidak merestui setiap apa yang dia lakukan. Sesungguhnya prescilla, kau KUAT!! kau mampu tangani semuanya, kau mampu melepaskan peluang kau, kau mampu hidup digelombang khayalan. Entah la, jika aku berkuasa ingin aku tolong kau prescilla. aku tak mau tengok kau macam nie, terperangkap dengan minat kau. Cilla aku akan cuba untuk bebaskan kau, dan kawan-kawan akan sentiasa di belakang kau. kau kuat cilla..

Berat

Penat berfikir,
Aku berhenti,

Tapi....
Ada saja gangguan,
Yang menyeksakan,
Aku tidak ambil tahu.

Dan terus berlalu..

Namun,
Suara mengilai memanggil,
Aku berhenti,
Menoleh..

Sinis senyuman ku lemparkan,
Aku terus kan langkah,
Tanpa memandang,
Si JAHANAM!!

jalan-jalan

Masa : 10 pm
Tarikh : 23/8/2010
Tempat : Klcc, Pavilion, Time square

     Sangat seronok harini sebab aku, abey, ummi, munir, bella, aniq, anith, wanie, ying and ain jalan-jalan 1 KL. so dr klcc kami ke pavi. dari pavi ke time square. sebenarnya nak hilangkan bosan duduk diostel usang nie. yelah ari minggu kalau tak keluar tak muda la kan. hehe. walaupun keadaan panas tapi kitorg enjoy sangat. bukan selalu dapat lepak-lepak macam ni. BEST DOWH!!!! 

aniq bersama bella & abey bersama aku
my luvely teddy bear
KAMI SAHABAT
okey tak dorang?? haha :)
me wif ummi
makan time :)

     Okey kawan2, nie serba sikit la aku tunjuk kan gambar. nak tengok lebih lagi g kat facebook aku ye. kat situ banyak gambar kami semua. hope korang enjoy baca blog aku :)

Kerana satu cerita musnah satu jiwa

     Seketika tadi aku bersama teman-teman ke tebing untuk berbuka puasa bersama-sama. Meriah sungguh suasana tadi di selang seli dengan gelak tawa membuatkan terasa pantas masa sehingga azan berkumandang membuatkan kami diam sebentar memulakan suapan untuk mengisi perut yg lapar sejak pagi hari.

     Setelah siap makan, kami bercerita macam-macam, bergosip sana sini bagaikan wartawan mengejar cerita artis popular. Ketika sedang berborak, aku tertarik dengan cerita kawan aku. Tidak perlu lah disebut namanya kerana nanti tersebar pula publisiti murahan tentang dirinya. Cerita kawan aku nie membuatkan aku tersentap kerana orang yg paling aku sayangi, kagumi rupa-rupanya tidak la sebaik yg aku sangka kan. Ermmmmm.. Termangu aku seketika. Kelu lidah untuk berkata. Minda berputar supaya tiada sangkaan jahat menaklukinya.

     Aku masih buntu samaada untuk mempercayai cerita ini atau sekadar tidak ambil peduli kerana cerita ini jauh menyimpang dari sangkaan ku. Mungkin aku dengar dari sebelah pihak saja, sebelah pihak lagi aku tak pasti untuk mendengar kerana aku takut aku akan hilang kepercayaan pada dirinya. Aishhhh.. aku beristigfar. Moga aku diperkuatkan lagi menempuhi dugaan yang satu ini. Betul kata orang terlalu awal untuk kita mempercayai seseorang sebelum kita mengenali hati budinya. Dan aku akan lebih berhati-hati untuk memilih teman supaya perkara ini tidak lagi berulang dalam hidup aku. Aku berharap cerita ini hanya gosip semata-mata. YA ALLAH kuatkan la aku.

dugaan puasa

     Ermmmm... sudah hari ke berapa agaknya kita sudah berpuasa ye. Pejam celik pejam celik cepat je masa berlalu, raya pun dah tak lama lagi je. Macam nie la kehidupan aku bergelar pelajar. Yela walau bulan puasa pun tapi aku masih sama macam bulan-bulan biasa. Al-maklum la kelas pack giler dari pagi sampai ke malam, jadi tak terasa sangat la puasa ni. Alhamdulillah sampai ke hari ni aku masih lagi berpuasa, takde tinggal lagi tau :)

     Bulan puasa tahun nie bagi aku banyak memori la. Banyak kenangan walau br seminggu berpuasa tapi banyak dugaan yang datang pada aku. Tapi sebagai hamba allah aku senang dengan ujian yang diberikan pada aku kerana aku tahu orang yang diuji ini adalah orang yang terpilih untuk mengharungi setiap dugaan dari allah. Yela mana tak nya dugaan yang aku terima sangat la perit. Yang paling aku sedih handphone kesayangan aku hilang. huhuhu.. Sedih memang sedih tapi aku terima je sebab aku yakin setiap apa yang allah turunkan untuk duga aku, ada hikmahnya dan aku berharap segala yang terjadi pada bulan puasa nie menjadi semangat pada aku untuk berjuang dalam dunia yang aku impikan ini.

Penantian kah?

Masih menunggu,
Masih menunggu,
Masih menunggu,
Masih menunggu.

Rasa diri berada dalam kejauhan,

Hati semakin samar,

Rindu tiada penawar,

Kasih satu penyeksaan,

Cinta hanya sekadar nama,

Esok tiada penentuan,

Hari ini berlalu sepi tanpa keputusan.

GERAM!!


"JANGAN BABITKAN SESIAPA DALAM HAL-HAL BODOH KAU!! NAK TAHU APA-APA BERDEPAN DENGAN AKU!! AKU TAK MAKAN ORANG LA!! FAHAM TAK!!!!!! "

Aku tetap sama

Aku masih sama,

Jiwa masih sama,

Kasih masih sama,

Benci hanya seketika,

Hipokrit aku tiada,

Cinta baru berbunga,

Nestapa datang menduga,

Aku hanyut dalam dunia sendiri,

Aku sedar dari khayalan,

Aku masih tetap sama,

Tiada berubah.. Aku tetap aku.

Aku tak sekuat dia

Kali ini aku jejak kaki dibumi nyata,

Bila aku melangkah ada saja yang menghalang,

Aku bengang,

Lantas bersemuka,

Namun bukan itu jawapan yang aku inginkan,

Kerana mata tidak menipu,

Hati sering berubah tanpa sedari,

Jiwa kacau dek kerana satu perasaan,

Namun aku tetap menerima segalanya,

Aku melangkah dan terus melangkah,

Aku toleh ke belakang,

Melihat diriku yang tercicir membuang perasaan,

Ketika itu hati berdetik,

Aku tak sekuat dia YA ALLAH.

Kisah seorang pengemis

       Sekarang menunjukkan pukul 10.24 malam. Aku baru habis kelas analisis filem, so bila balik ingat nak relax tapi ada kisah yang ingin aku kongsikan dengan korang tentang CERITA SEORANG PENGEMIS. Ini adalah untuk pengetahuan korang semua la. Nak baca..baca, Takmo baca sudah kan. ;p

       So Kisahnya bermula begini...
       Tadi aku bersama temana-teman pergi meninjau lokasi untuk short filem kami. So sambil meninjau-ninjau tempat kami memulakan la shoot untuk scene yang pertama. Bila dah penat ke sana sini, kami menuju ke bazar ramdhan masjid india. Yelah time berbuka dah nak dekat kan. 

       Dalam perjalanan balik, kawan aku..syah telah duduk bersama seorang pengemis untuk mengulas lebih lanjut tentang perjalanan hidupnya. Cakap punya cakap kami telah mengetahui tentang mengapa pengemis terpaksa mengemis untuk menyara diri. Dari situ kami sedar tentang peritnya kehidupan mereka yang dipinggirkan jauh dari keluarga. 

       Jadi untuk short filem kami nie, kami telah bersetuju untuk mencipta cerita baru tentang diri seorang pengemis. Jadi nantikan kemunculan short filem kami ye. Luv u all sbb sudi baca blog ini. :)

Hanyut - Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku


Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua


Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja


Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut


Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja


Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

     Lagu ini menyentuh jiwa kecil aku. Begitu mendalam lirik lagu ini, bagi aku lirik lagu ini betul-betul kena dengan diri aku. Korang fahami betul-betul ye. :)

Prescilla dalam kenangan

     Malam tadi aku bersama syah, syed, faz, yas, dan amin ke LCCT temankan prescilla balik sarawak. inilah kali terakhir kami bertemu dia. Lepas nie hanya masa yg menentukan segalanya. Aku berharap prescilla tak kan lupa kan kami semua, kami sayang kau prescilla. Ko kat sana jaga diri, jaga kesihatan. Sok ko akan interview tarian kan., so ko buat yg terbaik ye. Kitorng mengharapkan kejayaan menyebelahi kau. Prescilla kami semua rindu kau...

    Seketika tadi aku terbaca blog yang prescilla buat. Terharunya bila die buat blog kerana aku pencipta blog yg setia. Prescilla bila aku baca blog kau, aku terasa ada jiwa lain yg tersembunyi meronta keluar untuk memenuhi segala impian nya. Prescilla kau selalu la update blog ye supaya kitorang leh tahu perkembangan kau. Kewujudan kau dalam dunia kami amat bermakna kerana kau terlalu istimewa untuk diceritakan pada mereka. Kau insan yang berjiwa waja yg pernah aku jumpa,tak pernah mengeluh walau pelbagai halangan menimpa. Kau insan yg tabah. Prescilla satu hari nnt aku pasti kau akan kembali ke pangkuan kami disini. I love u prescilla. Rindu sangat tarian L O V E ko malam tu. Kutip segala kenangan kita ye prescilla. Jangan tinggal 1 pun. Simpan segalanya dengan sempurna dalam kotak hati kau.

P/S: Prescilla baca blog nie dgn berdengdangkan lagu romance-authum in my heart.
Mood : Rindu + Sayang

LEGA

     Lega rasanya bila dia telah mengetahui segalanya. Mungkin luahan itu hanya mukadimah pembuka kata namun masih banyak untuk aku bercerita. Namun kerana dek masa mencemburui setiap apa yang cuba diperkata, aku rela membiarkan luahan ini tersembunyi jauh dari pengetahuaan nya. Banyak persoalan yang ingin aku rungkai kan dari perbuatannya namun tidak terlaksana mungkin kerana sikapnya yang cuba mengelak setiap kali berbicara. Setiap kata-kata aku mengambarkan siapa diri ini sebenarnya. Terima kasih kerana menerima segala nya atas dasar sahabat bersama sahabat yg setia.

sahabat

Permergian seorang sahabat,
Membuatkan aku dibayangi kenangan lalu,
Dia benar-benar pergi meninggalkan kami,
Pemergiannya demi penghitungan hidup dan mati,
Yang pasti dia tidak akan kembali ke sini lagi.

Kasihan dia yang terpaksa pergi tanpa rela,
Demi sebuah maruah yang aku rasa begitu berharga,
Dia sungguh tabah menghadapi segalanya,
Walau perpisahan ini tanpa kerelaannya.

Mengapa perpisahan ini begitu singkat,
Mengapa pabila sayang sudah menjelma,
Ini pula kisahnya,
Pertemuan hanya seketika,
Perpisahan selamanya.

Prescilla walau kau pergi meninggalkan kami,
Kau tetap dihati,
Lakukan yang terbaik demi kami,
Walau kau pergi meninggal kan kota ini,
Jangan lupa mulakan langkah bersama tradisi.

Kami disini sentiasa mendoakan kau,
Jika dipertemukan lagi,
Ingin aku katakan,
Yang kau terlalu istimewa dihati ini.

LUV U PRESCILLA.. GUD LUCK DISANA NANTI.. MUAHHHH..

handphone hilang

     Tadi aku, abey, ummi, munir, anith & ijie pegi KL SENTRAL sbb temankan munir n anith beli tiket blk kg. yela dah nak raya kan. so ms nak balik tu aku berhimpit-himpit msk dlm KTM utk balik umah aku kat klang. dalam sibuk berhimpit tu, aku tak perasan pun poket aku diseluk dan hp aku dikebas. dalam train tu muka aku mencuka je, mmg aku bengang tak terkata. yela bulan pose nie pun msh ada nak mencuri lagi. dasar setan bertopengkan manusia. mmg bangsat kau pencuri sialan!!! tapi takpe,ko curi aku dapat pahala, kau dapat apa?? dapat dosa la bai!! berpuluh-puluh ganda dosa ko dapat bln pose nie kau tau tak!! aku sumpah sampai kiamat hidup ko dan keturunan ko tak kan hidup aman. dan aku susah gara-gara hp aku hilang. nak contact kawan-kawan dah susah. mmg ko nie tak berhati perut. gerammmmm!!!!!

baik-baik sayang

Mood : menyendiri

     Aku bersendirian lagi, melihat cahaya malam yang tiada sinar bintang dan bulan hanya bertemankan awan gelap penuhi ruang angkasa. Tanpa sepatah kata, aku mengeluh. Tiada yang indah malam ini, bintang dan bulan bersembunyi menangisi ruangan hatiku yang pasrah dengan ketentuan ilahi. Bukan pasrah, tapi menerima segala kehendak ilahi tentang kehidupan sebenar bergelar manusia sejati berlandaskan ilmu yang betul tanpa terpesong kelurah kejahilan. Sesungguhnya pertemuan antara aku dan kau ada hikmahnya. Perasaan yang terbit tanpa diduga bukan kerana terpaksa tapi kerana rela membiarkan perasaan ini bersemadi hanya dalam hati ini tanpa pengetahuan kau yang sentiasa ternanti-nanti.

     Aku memohon sepuluh jari jika perasaan ini mengundang ketidak selesaan kau ketika bersama aku. Aku tahu kau sentiasa membaca blog ini dan aku sedar kau sudah mula mengerti namun tiada masa untuk aku luahkan perasaan ini. Bukan aku tidak berani tapi melihat kau di kejauhan buatku berdebar untuk berkata-kata kerana jiwa ini sering bergelora. Jika diberi kesempatan untuk aku bertemu kau, akan aku katakan segalanya pada kau supaya kau mengerti dan biarkan hati ini reda dari segala keputusan yang kau beri.

     Kau terbaik bagi aku. Kau pendorong aku untuk lebih maju. Terima kasih TEMAN kau buatku rasa bahagia walau hanya seketika berjumpa. Aku doakan kau bahagia disamping si dia dan perasaan ini akan aku buang jauh dan berlalu mengikut angin yang tiada hala tuju. Aku menanti perasaan baru lagi untuk aku menempuhi dunia aku sendiri. Perasaan ini akan aku gantikan dengan perasaan yang akan aku temui suatu hari nanti. Apa yang aku ingin katakan 'KAU TETAP DIHATI'. Kita kawan rapat kan..

sahur

Sesungguhnya tuhan menyedarkan aku dari lena,
Menghayati sebuah kenikmatan,
Menyelami sebuah kehidupan,
Bangkit demi penghayatan,
Menyerikan bulan penuh kesyukuran.

Suapan pagi beralas makanan,
Untuk stamina seharian perjalanan,
Demi sebuah kepentingan,
Yang wajib didahulu kan,
Yang haram dihindar kan.

Jom teman kita bersahur bersama. dicafe aswara bersama abey, ummi & munir. makan dulu ye semua. :)

mangsa keadaan

Manusia kejam pada dunia,
Menghina tanpa batasannya,
Mengata entah apa-apa,
Bercerita megah sahaja,
Namun segalanya tiada apa.

Manusia kejam melihat manusia lain menggunakan akal hatinya,
Bukan minda mainan jiwa,
Mempermainkan hati itu kehendaknya,
Hasutan syaitan berlegar diakal fikirannya.

Kenalan yang disangka penuh kebahagian,
Rupanya mati ditengah jalan,
Tiada siapa mengerti,
Tiada siapa ambil peduli,
Kesedaran perlu dipulihkan,
Bagi menyatu kembali sebuah persahabatan.

benci!!

Satu gabungan tenaga,
Menjadi sebuah api yg membara,
Dek kerana kata-kata,
Manusia lupa tujuan sebenarnya mereka,
Hidup berpakukan hasutan,
Kasih bertali gantung,
Cinta sekadar mainan.

Nak cakap salah,
Tak cakap pun salah,
Namun manusia harus ditegur,
Demi sebuah ketenangan,
Hapus sebuah kejahilan.

JANTAN PERASAN

Aku bukan apa, aku bengang dengan sorang mamat nie. die perasan sgt yg aku nie minat die. yearkssss!! muka mcm haram, dah r kena chop oleh junior senior gatal masih nak berpoyo-poyo depan aku. aku suka senior lain la, bukannya ko!! tolong la faham. gelik sial bila tengok muka ko. FUCK OFF!! ko wat aku hilang sabar!!! leh plak ko citer kat org aku ske ko. boleh blah la weh... tak hingin aku dengan ko. FEEDUP!!! 

pesona sebuah cinta

Taktala aku bersendirian,
Aku melihat satu bayangan menjelma,
Dari kejauhan dia memandangku penuh kesayuan,
Tanpa menoleh kiri dan kanan,
Mata itu tertuju tepat ke arah ku.

Aku yang melihat hanya tersenyum,
Melambai penuh kegembiraan,
Menjerit kegirangan,
Namun perbuatan yang ku lemparkan padanya,
Hanya satu harapan.

Sedih tidak terkata bila sapaanku tiada balasan,
Hati terluka kerana satu peristiwa,
Dia betul-betul mempermainkan jiwa,
Yang ku sangka penuh bahagia,
Sebaliknya sengsara penuhi ruang dijiwa.

Aku berkata,
Jika benar dugaan ini ada hikmahnya,
Akan ku tunggu jodoh itu bersatu semula..

sendirian

Biar hati ini sendirian,
Dari merana dek sakit yang menimpa,
Atas segala apa yang berlaku,
Aku menerima dengan penuh dugaan,
Tanpa menoleh lagi kebelakang,
Aku meneruskan perjalanan,
Walau dia hanya bayangan,
Namun dia tetap menjadi kenangan.

Melihat dia sebagai satu kekuatan,
Untuk aku meneruskan perjuangan,
Dia pemberi dorongan untuk aku maju melangkah,
Dalam dunia yang aku inginkan.
Indah untuk dikenangan pahit untuk luahan

shooting

Selamat pagi semua. sesungguhnya jam ketika ini menunjukkan pukul 12 tengah hari. aku yg baru tersedar dari jaga, terkejut dengan bunyi panggilan handphone. aishhhhh.. ganggu tido aku jela. hehe. aku nak kongsi dengan korang kenapa aku tido lambat. malam tadi pukul 7ptg aku g shooting kat jalatek sampai la pukul 7pagi. korang kira brape lama aku dok kat sana. tapi aku xmengeluh pun. sbb ini yg aku nak so aku terima seadanya. aku kesana sbb teman kawan-kawan aku shooting and at least aku leh blaja sesuatu yg baru kat sana. banyak benda aku blaja tentang dunia filem nie. thanx to hafis sbb bawa aku pegi shooting semalam. aishhhh.. bila nak diceritakan mmg klaka. yela mana tak nye ada je kes-kes yg leh merumitkan lagi keadaan. membe aku dua org dihalau oleh assistant director gara-gara takmo panjat kerusi. hehe. biasalah bila budak music masuk industri filem dorang tak leh terima arahan. selain tu, aku dapat la borak-borak dengan otai-otai yg dah lama berkecimpung dalam bidang nie. so dpt la pengetahuan sikit walaupun 1 hari tak tido kan. hehehe. aku dapat gak jumpa jehan miskin, farid kamil, iqram dinzly, pekin n ramai lagi la. pengalaman yg seronok bagi aku utk tahun 2010 nie. so pada korang-korang yg kat luar sana tu jangan jelesh ye!! haha.. chow.

hujan

Langit yang ku sangka cerah pagi ini,
Rupa-rupanya terselindung kemarahan alam,
Tadinya panas dek panahan matahari,
Tapi kini terserlah guruh bahana api,
Yang menunjukkan hujan makin menghampiri.

Aku yang pada ketika ini senang hati,
Menjadi gundah dengan kebesaran ilahi,
Panas yang ku sangka hingga ke petang,
Rupanya hujan ditengah hari,
Kesejukkan terasa kini..
Yang pasti suasana ini jarang dirasai.

kawan



Waktu ini aku menghela nafas panjang. Dengan kerenah kawan-kawan ku. Entahla dulu nya ramai tapi kini.. Aku tuju kan puisi ini untuk kau kawan.

Dulunya senyuman terukir diwajah kita,
Kini hanya haluan berlainan yg aku terima,
Seorang kesana..seorang kesini,
Entah la aku hanya melihat setiap gelagat mereka,
Tanpa sepatah kata,
Aku mula bertanya,
Tapi hampa yg ku terima,
Mereka tiada jawapan pada setiap apa yg berlaku.
Kawan..ouh kawan..
Jikalau kau membaca blog ini,
Apa yg ingin aku nyatakan,
Aku sayang kalian semua.
Jejak nya kaki kita disini kerana JIWA yg sama,

aku kat libary

Sekarang nie aku dilibary mencari tentang wayang kulit RAMAYANA. aisssshhhh.. poning palo otak den nie hah. kemain susah la nak cr info nie. berbelit-belit cerita hikayata RAMAYANA nie. tak faham aku cerita nie. hahaha.. korang yg tak blaja wayang kulit mayb mengaggap sbg benda biasa kan, tapi aku yg blaja nie terasa bahang kesusahannya. takpe-takpe nie semua dugaan. aku akan teruskan usaha pencarian aku. chow semua.

syahdunya

Kerana cita-cita yg satu,
Aku gagahi juga untuk aku tempuhi semuanya,
Melihat mereka berjaya,
Hati aku diruntun pilu,
Mereka berjaya dan aku..
Aku mengeluh bukan kerana aku sedih,
Tapi aku cemburu dengan kehebatan mereka,
Aku sedar..aku insan hina,
Aku juga mahu berjaya seperti mereka,
YA ALLAH beri aku kekuatan untuk tempuhi dugaan ini,
Ramai yg berduka kerana aku disini,
Ada apa dengan dunia seni??
Hanya mengejar glamour, kontroversi..
Ntah apa-apa lagi mereka mengata,
Namun itu semua aku jadikan semangat untuk aku berusaha,
Setiap yg aku lakukan demi maruah bangsa,
Yg sering di caci..dihina..
Bukan untuk mengejar glamour,
Ketika aku sudah berjaya,
Kamu yg menghina akan melihat aku tersenyum bangga.

boring la malam nie

boringnya malam nie. yela semua kawan-kawan dah tido awal. aku yg pemalas nak wat nota pengurusan produksi duduk bodo-bodo mcm org biul. dan ketika itulah ilham aku datang. apa lagi tulis puisi la. hehe..

Taktala aku lihat bulan mengambang,
Aku termenung keseorangan,
Tiada bintang disamping bulan,
Hanya awan gelap menyeliputi segenap alam,
Aku tercari-cari dimana harus aku mulakan,
Beradanya aku pada satu destinasi kini..
Bukan untuk diperalatkan tapi untuk dilenturkan,
Supaya aku menjadi seorang yg berguna.

Melihat mereka kehulu hilir bersama teman istimewa,
Aku cemburu bukan kerana aku tidak laku,
Sebaliknya kerana aku belum bertemu seseorang yg aku mahu,
Memiliki yang sudah dimiliki bukan senang untuk ditakluki,
Dan aku tersenyum sendiri,
Kerana bagi aku ada hikmah setiap yg terjadi.

Bermulanya langkah aku disini,
Bukan lagi fantasi.. bukan lagi mainan imiginasi,
Tapi inilah realiti yg harus kutempuhi,
Aku memulakan langkah menuju tradisi,
Demi cintanya aku pada dunia seni,
Aku buangkan segala perasaan yg memburu dihati,
Kerana aku tahu..
Aku kesini bukan untuk memiliki..
Tapi untuk berdiri atas usaha sendiri,
Dimana aku ingin berjaya dalam dunia yang aku cintai.

kelas asas lakon

Hari isnin:
Kelas harini kitorg blaja lontaran suara,senaman sebelum memulakan kelas,senama muka,senaman lidah dan macam2 senaman la kitorg wat. pastu je abis senaman, kitorg mulakan dgn game. dimana game nie nak mengajar cara kepekaan kita dalam mendengar arahan dan memberi arahan. mayb bagi korang ia satu permainan kanak-kanak tp bg kami yg blaja ia susah dari segi mental kerana ia memerlukan kepekaan minda yg tinggi utk mendengar arahan dari ketua. walaupun penat tapi seronok tau. Selain tu, kitorg belajar cara mengekpresikan muka dalam keadaan sedih,marah.. ini bagi langkah pertama untuk menjadi seorg pelakon teater. ketika itu, ramai yg malu-malu untuk menampilkan ekpresi namun bila didesak lect kami, mereka berjaya lakukan. :) apa-apa pun kami enjoy harini.

Hari selasa:
Kelas harini banyak memfokuskan tentang ekspresi muka dan pergerakan badan. aishhhh.. dengar mcm senang.. tp try korang buat. kemain la susah. kelas harini sangat menguji minda kami semua. game nie dipanggil game teater. basic sebelum belajar berlakon. hahahaha.. seronok tak terkata. yela lect pun sporting, kawan2 aku pun sporting jugak. tak rugi la aku amik kelas asas lakon nie. :) minggu depan lect dah bg assingment. sorang-soarng kena bermonolog tentang diri sndre. jgn ingat senang tau. monolog nie la susah. sbb kena ckp sorang-sorang. apa-apa pun korang doakan aku sukses dalam kelas nie ye. amin.

cinta


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Lirik ini aku petik dr sebuah lagu lagenda budak setan. Sesungguhnya manusia memerlukan sesama manusia, namun apabila manusia mendapat apa yg mereka mahukan.. manusia itu lupa segalanya, lalai untuk menghargai cinta sedangkan ramai manusia menagih cinta yg sama. Manusia harus sedar cinta yg diberi bukan utk dipermainkan tapi utk diselami, fahami apa yg manusia itu rasai. Cinta bagaikan bunga. Ia perlu disiram dan dibaja agar kekal mekar selamanya..