Mood : menyendiri
Aku bersendirian lagi, melihat cahaya malam yang tiada sinar bintang dan bulan hanya bertemankan awan gelap penuhi ruang angkasa. Tanpa sepatah kata, aku mengeluh. Tiada yang indah malam ini, bintang dan bulan bersembunyi menangisi ruangan hatiku yang pasrah dengan ketentuan ilahi. Bukan pasrah, tapi menerima segala kehendak ilahi tentang kehidupan sebenar bergelar manusia sejati berlandaskan ilmu yang betul tanpa terpesong kelurah kejahilan. Sesungguhnya pertemuan antara aku dan kau ada hikmahnya. Perasaan yang terbit tanpa diduga bukan kerana terpaksa tapi kerana rela membiarkan perasaan ini bersemadi hanya dalam hati ini tanpa pengetahuan kau yang sentiasa ternanti-nanti.
Aku memohon sepuluh jari jika perasaan ini mengundang ketidak selesaan kau ketika bersama aku. Aku tahu kau sentiasa membaca blog ini dan aku sedar kau sudah mula mengerti namun tiada masa untuk aku luahkan perasaan ini. Bukan aku tidak berani tapi melihat kau di kejauhan buatku berdebar untuk berkata-kata kerana jiwa ini sering bergelora. Jika diberi kesempatan untuk aku bertemu kau, akan aku katakan segalanya pada kau supaya kau mengerti dan biarkan hati ini reda dari segala keputusan yang kau beri.
Kau terbaik bagi aku. Kau pendorong aku untuk lebih maju. Terima kasih TEMAN kau buatku rasa bahagia walau hanya seketika berjumpa. Aku doakan kau bahagia disamping si dia dan perasaan ini akan aku buang jauh dan berlalu mengikut angin yang tiada hala tuju. Aku menanti perasaan baru lagi untuk aku menempuhi dunia aku sendiri. Perasaan ini akan aku gantikan dengan perasaan yang akan aku temui suatu hari nanti. Apa yang aku ingin katakan 'KAU TETAP DIHATI'. Kita kawan rapat kan..
No comments:
Post a Comment