Kali ini aku jejak kaki dibumi nyata,
Bila aku melangkah ada saja yang menghalang,
Aku bengang,
Lantas bersemuka,
Namun bukan itu jawapan yang aku inginkan,
Kerana mata tidak menipu,
Hati sering berubah tanpa sedari,
Jiwa kacau dek kerana satu perasaan,
Namun aku tetap menerima segalanya,
Aku melangkah dan terus melangkah,
Aku toleh ke belakang,
Melihat diriku yang tercicir membuang perasaan,
Ketika itu hati berdetik,
Aku tak sekuat dia YA ALLAH.
No comments:
Post a Comment