C.I.N.T.A.

Apa itu cinta??
Pada aku cinta sesuatu yang misteri. Ia datang tanpa di duga. ia pergi begitu saja dan hati yang menanggung segala duka bagai nak gila di buatnya. huh!! Cinta buat ramai orang bahagia namun tak semua bahagia. kerana cinta ada yang berduka, kerana cinta ada yang gila, kerana cinta juga ada yang berjaya menjadi seorang manusia berguna.

Ada apa pada cinta??
Cinta adalah sebuah fantasi yang kita cipta sendiri melalui hati dan perasaan yang terbit untuk kita fahami, rasai dan hargai. semai cinta biar mekar kembang, wangi menyelubungi kebahagiaan. Cinta memang buta. tak mengenal paras rupa, tak memilih harta benda. cinta yang ikhlas boleh di lihat melalui mata. mata yang mengambarkan segalanya. dan aku.. aku betul-betul sudah jatuh cinta.

Pengertian cinta??
Cinta sangat suci. bagai kain putih yang baru hendak dilakar corak kehidupan perjalanan bermula sebuah cinta yang dibentuk melalui jiwa yang tulus menerima seadanya. sesungguhnya cinta sangat unik, istimewa dan nikmatnya hanya insan yang benar-benar rasai 'cinta' akan mampu menikmati setiap cebis-cebis cinta..

Dan aku menulis ini kerana cinta nya aku pada sesama manusia untuk mempertingkatkan jati diri supaya aku mampu meneruskan kehidupan walaupun tanpa cinta. dan sesungguhnya cinta aku pada yang satu iaitu ALLAH SWT. Namun cinta sesama islam tak pernah ku lupakan kerana ia pembangkit sebuah kekeluargaan. juga pada insan istimewa..aku hanya akan cintakan kau apabila pintu hati ini di ketuk untuk menerima kau.

TERIMA KASIH CINTA KERANA MEMBAWA AKU KE SUATU TEMPAT YANG AKU CUKUP KAGUMI DAN KERANA CINTA JUGA AKU BERTEMU DIA!! AKU CINTAKAN SENI BUDAYA WARISAN KITA DAN KERANA CINTA INI AKU BERUSAHA MENCURI HATI SI JEJAKA YANG BELUM PERNAH KU TEMUI SIAPA.

jadikan ia satu persoalan pada pembaca blog ini kerana mereka akan cuba mencari siapa?? fahami setiap apa yg ingin aku sampaikan. cinta aku sangat luas pandangan jiwa ku.. aku cinta pada sesiapa yang cuba mencintai aku. termasuk KAU si pembaca.. biar aku menjadi orang yang MISTERI di sini...

No comments:

Post a Comment