Taktala aku bersendirian,
Aku melihat satu bayangan menjelma,
Dari kejauhan dia memandangku penuh kesayuan,
Tanpa menoleh kiri dan kanan,
Mata itu tertuju tepat ke arah ku.
Aku yang melihat hanya tersenyum,
Melambai penuh kegembiraan,
Menjerit kegirangan,
Namun perbuatan yang ku lemparkan padanya,
Hanya satu harapan.
Sedih tidak terkata bila sapaanku tiada balasan,
Hati terluka kerana satu peristiwa,
Dia betul-betul mempermainkan jiwa,
Yang ku sangka penuh bahagia,
Sebaliknya sengsara penuhi ruang dijiwa.
Aku berkata,
Jika benar dugaan ini ada hikmahnya,
Akan ku tunggu jodoh itu bersatu semula..
No comments:
Post a Comment