boringnya malam nie. yela semua kawan-kawan dah tido awal. aku yg pemalas nak wat nota pengurusan produksi duduk bodo-bodo mcm org biul. dan ketika itulah ilham aku datang. apa lagi tulis puisi la. hehe..
Taktala aku lihat bulan mengambang,
Aku termenung keseorangan,
Tiada bintang disamping bulan,
Hanya awan gelap menyeliputi segenap alam,
Aku tercari-cari dimana harus aku mulakan,
Beradanya aku pada satu destinasi kini..
Bukan untuk diperalatkan tapi untuk dilenturkan,
Supaya aku menjadi seorang yg berguna.
Melihat mereka kehulu hilir bersama teman istimewa,
Aku cemburu bukan kerana aku tidak laku,
Sebaliknya kerana aku belum bertemu seseorang yg aku mahu,
Memiliki yang sudah dimiliki bukan senang untuk ditakluki,
Dan aku tersenyum sendiri,
Kerana bagi aku ada hikmah setiap yg terjadi.
Bermulanya langkah aku disini,
Bukan lagi fantasi.. bukan lagi mainan imiginasi,
Tapi inilah realiti yg harus kutempuhi,
Aku memulakan langkah menuju tradisi,
Demi cintanya aku pada dunia seni,
Aku buangkan segala perasaan yg memburu dihati,
Kerana aku tahu..
Aku kesini bukan untuk memiliki..
Tapi untuk berdiri atas usaha sendiri,
Dimana aku ingin berjaya dalam dunia yang aku cintai.
No comments:
Post a Comment