Kenapa?? mesti korang nak tahu kan. Tiap kali aku baca blog prescilla, aku jadi sedih. Tak tahu kenapa. Aku tahu dia meronta-ronta mahu keluar dari kelompok hidupnya yang terkongkong. Namun apakan dayanya, keluarga tidak merestui setiap apa yang dia lakukan. Sesungguhnya prescilla, kau KUAT!! kau mampu tangani semuanya, kau mampu melepaskan peluang kau, kau mampu hidup digelombang khayalan. Entah la, jika aku berkuasa ingin aku tolong kau prescilla. aku tak mau tengok kau macam nie, terperangkap dengan minat kau. Cilla aku akan cuba untuk bebaskan kau, dan kawan-kawan akan sentiasa di belakang kau. kau kuat cilla..
No comments:
Post a Comment