Kerana satu cerita musnah satu jiwa

     Seketika tadi aku bersama teman-teman ke tebing untuk berbuka puasa bersama-sama. Meriah sungguh suasana tadi di selang seli dengan gelak tawa membuatkan terasa pantas masa sehingga azan berkumandang membuatkan kami diam sebentar memulakan suapan untuk mengisi perut yg lapar sejak pagi hari.

     Setelah siap makan, kami bercerita macam-macam, bergosip sana sini bagaikan wartawan mengejar cerita artis popular. Ketika sedang berborak, aku tertarik dengan cerita kawan aku. Tidak perlu lah disebut namanya kerana nanti tersebar pula publisiti murahan tentang dirinya. Cerita kawan aku nie membuatkan aku tersentap kerana orang yg paling aku sayangi, kagumi rupa-rupanya tidak la sebaik yg aku sangka kan. Ermmmmm.. Termangu aku seketika. Kelu lidah untuk berkata. Minda berputar supaya tiada sangkaan jahat menaklukinya.

     Aku masih buntu samaada untuk mempercayai cerita ini atau sekadar tidak ambil peduli kerana cerita ini jauh menyimpang dari sangkaan ku. Mungkin aku dengar dari sebelah pihak saja, sebelah pihak lagi aku tak pasti untuk mendengar kerana aku takut aku akan hilang kepercayaan pada dirinya. Aishhhh.. aku beristigfar. Moga aku diperkuatkan lagi menempuhi dugaan yang satu ini. Betul kata orang terlalu awal untuk kita mempercayai seseorang sebelum kita mengenali hati budinya. Dan aku akan lebih berhati-hati untuk memilih teman supaya perkara ini tidak lagi berulang dalam hidup aku. Aku berharap cerita ini hanya gosip semata-mata. YA ALLAH kuatkan la aku.

No comments:

Post a Comment