petang nie aku membelek-belek status manusia cyber dilaman sesawang yang kebanyakkannya bercerita tentang cinta. apa makna cinta pada mereka? aku lihat manusia cyber ini galak bercerita tentang cinta mereka, indah pada permulaan perkenalan tapi dipengakhiran apa kesudahannya... jom kita kupas isu ini.
pada aku, manusia sanggup berkorban apa saja demi cinta. kerana cinta juga manusia tamak merebut sebuah takhta bahagia kerana dalam sebuah mahligai cinta hanya ada satu saja kerusi raja dan kerana cinta juga manusia jadi alpa tentang dunia yang sementara.
aku lihat manusia ini bebas bergembira dengan cinta yang mereka ada. seronok lagaknya namun mengertikah mereka yang cinta ini kadang-kadang boleh membunuh dan kadang-kadang boleh menyembuh. masih melihat manusia cyber meneruskan permainan cinta mereka. ada yang suka ada yang lara.
pada aku pembawakan manusia itu sendiri yang menentukan cinta itu cinta suka atau cinta duka kerana setiap yang tuhan berikan ada hikmah dan puncannya. hanya manusia itu sendiri yang mampu menilai cinta yang dimiliki. pada manusia yang diberi cinta dari ilahi, hargailah cinta anda bagai nyawa anda sendiri kerana tak semua manusia memiliki cinta dan pada aku, kadang kala cinta tak semestinya memiliki cukuplah dihargai.
cinta manusia cyber berteknolgi canggih, hanya guna teknologi moden manusia cyber ini mampu membeli cinta. tapi pada aku cinta tiada nilai untuk dijual beli dan cinta bukan untuk dipermainkan tapi untuk dipupuk menjadi sebuah mahligai kebahagian.
apa-apa pun pendapat aku tak sama dengan pendapat manusia cyber diluar sana, mereka memprotes kata-kata aku namun aku mengerti aku hanya manusia moden yang berjiwa tradisonal bukan seperti mereka manusi cyber berjiwa moden.
hanya termenung mencari makna sebenar cinta, ingin aku milikinya suatu hari nanti walau terpaksa menyerahkan nyawa. cinta itu indah cinta itu suci. cinta ouh cinta...
p/s: nak cari seseorang supaya aku boleh jadikan cinta aku, cinta medik. haha!!! takmo lagi cinta orang seni. boleh ke? ayoyoyo.. masih mencuba..
Bagi pemahaman aku sebagai seorang yang mempunyai jiwa-jiwa, cinta itu sesuatu yang sangat kompleks untuk diterjemahkan. Lebih baik kita melihat dan mentafsir apa itu pengertian cinta dari aspek keislaman. Tak salah bercinta, selagi kita masih ada dilandasan yang benar. Cinta pada yang maha Esa dan Rasul itu lebih baik. Biarlah kita mencari cinta pada mereka yang benar-benar mencintai kita. =)
ReplyDeleteJom tengok filem syurga cinta!
haha yeah. syurga cinta itu best sangat. betol kata kau ijie, aku sokong sangat2. apa yg boleh aku katakan cinta pada diri sendiri dulu br cinta pd sesama manusia :)
ReplyDelete