pagi nie aku bangun dalam keadaan penuh misteri. kenapa agak-agaknya? kisahnya sebegini, malam tadi aku bermimpi tentang seseorang. siapa ya? haha.. mestilah dia. entah macam mana dia muncul dalam fantasi ciptaan aku.tiba-tiba sayup-sayup aku lihat tubuhnya yang muncul semakin hilang, hilang entah kemana. namun keadaan ini aku rasa seperti biasa, tiada lagi teruja atau rasa kehilangan bila dia hilang dari pandangan. biarkan dia pergi tanpa aku merasa simpati.
bangun je pagi nie, aku terus ke bilik senang untuk gosok gigi. mandi? haha.. belum ada mood untuk mandi ketika ini. namun aku memaksa diri untuk gagah ke bilik senang untuk membersihkan diri dan mandi. bila sempurna segalanya aku termenung, sibuk memikirkan tentang layar lapan yang akan berlangsung minggu depan. layar lapan? apa tu.. layar lapan adalah shooting satu shoot filem dalam masa 8jam. seronok sangat.. tak saba!!
eh aku sudah merepek jauh nie, aku nak bercerita tentang sesuatu. entah lah perasaan yang buat aku keliru. kenapa perasaan ini muncul untuk kali ketiga. aku sudah mula takut untuk menempuhi segalanya, namun aku gagahi untuk kuat dan aku berjaya setakat ni. amin.. semoga aku lebih kuat untuk masa akan datang.
perasaan ini aku biarkan saja terpendam sebab aku tak nak sejarah lama berulang kembali. biarkan lah.. biar... dan biar... fokus untuk kerja-kerja production!!
No comments:
Post a Comment