lepaskan aku pergi

aku masih disini,
termenung mengingati kisah kita,
jalan cerita kita berdua,
dulunya bahagia kini hanya tinggal kenangan..
kau pergi tanpa bicara..

aku masih ingat lagi,
kita bergaduh kerana satu perkara,
tentang janji yang sudah kau lupa..
dimana ia bermula keretakkan cinta kita..

mahligai yang dibina.. musnah..
hanya kerana kau masih tidak ketemu penyelesaian,
untuk setiap masalah..

aku masih ingat lagi,
kerana pergaduhan itu aku menangis..
menangis kerana seorang lelaki yang aku sayangi..

kini,

kau sudah pergi,
perkabaran terakhir kau buat aku menangis lagi..

aku masih ingat lagi,
sebulan berlalu tanpa kita bertemu,
rindu..
hanya itu yang aku rasa waktu itu..

aku tahu kau tercari-cari dimana aku,
sedih melihat kau,
namun..
ini saja balasan yang perlu kau terima dari perbuatan kau sendiri,

aku masih ingat lagi,
malam itu aku lihat kau sibuk berkerja,
seperti polis lagaknya..

dan aku..

hanya memandang dari kejauhan,
melihat aktiviti yang kau lakukan..

malam itu,
perasaan aku hanya tuhan yang tahu,
malam itu,
aku melepaskan segala rindu,
malam itu,
aku menangis kerana hanya mampu melihat jasad kau..
tanpa aku menyentuhnya..

aku melangkah pergi untuk terakhir kali,
sudah ku tutup pintu hati,
untuk cintai kau lagi..

namun,
hanya beberapa minit aku melangkah pergi,
aku menerima perkhabaran tentang kau..

kau sudah pergi..
pergi selamanya..
hilang dari dunia..
kerana kau di langgar mati..

sedih tidak terkata ketika aku melihat jasad kaku kau,
aku lihat kau lena tidur..
dalam nafas yang tersekat-sekat..
aku rela pemergian kau..

semoga kita berjumpa di sana nanti..

pagi ini,
aku menerima surat,
surat dari kau sebulan lalu..

isi surat kau..

"andai waktu boleh di putarkan, diri ini akan cuba berubah untuk membentuk cinta baru. andai waktu boleh di perlahankan, segala saat minit yang tertinggal bersama kau akan aku tebus semuanya dan andai nyawa dan diri kau dipertaruhkan, akan aku memilih kau.. kerana kau nyawa aku. nyawa yang memberi nafas untuk aku meneruskan hidup membahagiakan kau. andai kau nyawa ku hilang dari diri ini, bermakna hilang juga aku dari muka bumi ini. selamanya.. andai maaf boleh dibeli, akan aku beli untuk melembutkan hati kau dan andai kebahagian boleh di petik, akan aku petik untuk bina mahligai impian untuk kau takluki. andai masa mengizinkan kita bertemu lagi, kau akan aku nanti di pintu syurga wahai insan yang aku sayangi.."

terduduk aku,
menangis untuk keberapa kali..

tentang malam itu,
kau tersenyum melihat aku pergi,
akhirnya kau tahu..
aku pergi melihat kau atas dasar aku masih menyayangi kau..

malam itu,
kerana kau berkejar mahu ketemu aku,
kau pergi selamanya..

namun,

hari ini
kau sentiasa hidup dalam jiwa ini..
selamanya..

2 comments:

  1. ni real ke apa wei? saper bg kat ko??

    ReplyDelete
  2. nie cuma kisah yg aku cipta sendiri , ms nie aku terpikir nk wat kisah mcm nie :) hehe

    ReplyDelete