HARI INI DAN SELAMANYA
hari ini hujan turun dengan lebatnya bagai menangisi kisah aku kali ini dan awan mendung garang lagaknya seperti kemurungan hati yang menyimpan sesuatu luka diluar kesedaran. hari ini aku jalan ke tempat biasa bersama teman tercinta, dari jauh sudah ku lihat dia bersama teman tercintanya. entah kenapa hati ini terdetik untuk melihat wajahnya yang sekian lama aku mengeraskan hati untuk berpaling dari melihatnya.
kali ini aku lihat raut wajahnya berbeza dari hari sebelumnya, gaya dan watak dirinya berubah secara mengejut sama sekali dan aku tidak menjangka apa-apa. dari luarannya dia nampak ceria tapi pandangan mata dia seperti memendam sesuatu sehingga mata kuyu itu kelihatan sayu. perasaan aku ketika melihat dia hanya satu yang aku boleh gambarkan, sedih.
bagaimana untuk aku mengertikan perasaan aku kala ini, hanya kisah dia saja berlegar di ruangan minda. aku hanya sempat menatap wajahnya hanya untuk seketika, tidak lama. khabar berita dia juga sudah lama aku pupuskan dari berita hati aku kerana kekerasan jiwa yang cuba aku tumbuhkan.
dia berlalu pergi, pergi entah kemana. hilang tiada berita namun hanya sesaat cuma. aku tersenyum lagi melihat kelibat dia datang menjelma, tapi raut wajahnya menceritakan segalanya. aku mengeluh bila dia memandang sekilas saja pada aku, biarkan aku tahu dia sudah benci pada aku. aku pasrah.
biarkan cerita kami berpenghujung sebegini, tanpa ending yang menarik. mungkin ini jalan terbaik untuk kami tidak lagi berkomunikasi dalam keadaan yang sentiasa mencetuskan perbalahan. aku rela pemergian dia untuk hari ini dan selamanya..
PUISI UNTUK KAU :
jika kau berduka,
aku menyeru kelukaan itu biar aku saja yang rasa..
jika kau menderita,
aku meminta biar aku menanggung segala penderitaan itu..
jika kau sakit,
aku rela biarkan kesakitan itu menguasai aku..
jika kau tersenyum,
aku sudah memiliki sebuah kebahagian yang telah lama aku pinta..
andai aku tidak kau jumpa,
bererti aku membawa cinta ini pergi bersemadi di alam syurga..
p/s : puisi dan cerita ini benar-benar terjadi, aku rindu kisah lalu. namun segalanya telah berlalu. MAAFkan aku jika kau membaca blog ini..
ehem! jangan diungkit kisah yang lama . nanti jiwa sendiri yang merana .
ReplyDeleteterus pandang ke hadapan, jangan menoleh ke belakang lagi .
cari saja pengganti yang baru, agar hidup kau sentiasa sukses selalu!
haha ijie ijie . perasaan ini adalah perasaan yg paling aku syg n plg unik bg aku . dia sangat2 unik pada aku walau dia terok ! kenangan ini wat aku terus berusaha maju kehadapan . aku tak pernah mundur .. inilah hidup ijie ;)
ReplyDelete