bila orang sudah kata-kata tentang aku, aku hanya mendengar saja tanpa mereka mengetahui hal sebenarnya. bila orang memerhati tanpa memeriksa aku biarkan saja, mata itu tercipta untuk melihat. mereka melihat tapi tiada apa yang mereka nampak. bukan aku tidak tahu, mereka kata-kata tentang putaran dunia yang semakin kejam menimpa atas bahu aku. aku tidak suka diperlaku sebegini. kata-kata mereka bagai lidah tajam membelah hati bersih ini.
bila aku mula mahu bicara tentang cinta, ada saja mereka gelar aku. sesungguhnya aku amat mencintai cinta yang datang dalam diri aku. apa lagi bila cinta yang aku terima kadangkala kekuatan untuk aku, sedangkan mereka trauma bila kehilangan cinta. mereka berbisik sesama sendiri tentang kisah aku. aku biarkan saja..
aku berjalan dalan kegelapan sementara, aku lihat masih ada mereka dengan kata-kata. mahu saja melangkah aku lihat keketoran semalam di depan mata. aku biarkan saja. aku redah kekotoran semalam untuk aku keluar pergi ke kecerahan kekal. sampai bila akan aku sampai ke sana..
kenapa dalam hidup aku perlu ada kata-kata mereka? hati makin keliru bila berlaku kejadian yang tidak aku sangka. mahu saja aku mengaku bila mereka berkata-kata. tapi tidak semudah itu aku menerima, mungkin kerana ada penghalang konkrit yang aku tidak pasti bertahan sampai bila. segala nikmat hidup yang aku perolehi dari dia aku simpan dalam kotak besi diari jiwa aku. tidak akan aku buka walau mereka memaksa.
selangkah aku ke hadapan kata-kata mereka aku dengari. entah aku diamkan saja, aku pekakkan telinga. bila berjumpa sesuatu aku tidak mahu lepaskan walau hanya sementara. perjalan hidup aku kini makin terurus tanpa kekusutan jiwa. aku makin bahagia walau kekeliruan datang bertapa. aku masih biarkan saja...
sesungguhnya biar jiwa aku sendiri yang berkata-kata tanpa ada sedikit ayat dari kata-kata mereka. mereka tidak jahat tapi sedih kerana mereka tidak tahu kisah sebenarnya. biarkan saja jiwa lama bertukar ke jiwa baru tanpa seorang pun tahu..
No comments:
Post a Comment