sudah empat hari aku disini, sudah empat hari juga aku asyik bertembung dengan dia. entah kenapa bila aku melihat dia pada hari pertama, aku seperti tiada perasaan dan seperti tiada terdetik untuk melihat lenggokan dirinya. mungkin kerana perasaan benci dan marah telah menguasai aku ketika itu.. entahlah.
untuk hari kedua aku melihat dia juga, hanya memandang tanpa bersuara. pandangan aku kalihkan ketika dia beselisih dengan aku. dia manis berbaju putih hari itu, namun hati aku masih tidak merasa perasaan seperti dulu. entah kenapa aku merasakan seperti aku berdusta terhadap perasaan aku sendiri. aku KELIRU! aku biarkan hari kedua ini berlalu tanpa sepatah prasangka.
hari ketiga aku lalui seperti biasa. makan seperti biasa, sekeliling gembira belaka. namun ketika aku sedang bersenda, aku melihat sekujur tubuh dia. terkejut namun aku biarkan saja kerana aku sudah mula melihat dia bermuka-muka. aku biarkan saja dia berlalu dengan ekoran mata aku.
hari ini, hari keempat. aku jumpa dia lagi. dua kali. pertama aku lihat dia seorang diri. dari jauh aku memerhati. dirinya, aku lihat raut wajahnya seperti memendam sebuah luka. aku tak berani menyapa, aku biarkan saja. kali kedua sebelum kelas bermula aku bertemu dia semula. rupanya monyok saja. mahu tegur tiada daya, aku diam seribu bahasa hanya memandang melalui ekoran mata. aku toleh melihat tubuhnya dari belakang. satu yang boleh aku gambarkan perasaan aku ketika itu, SAYU!
No comments:
Post a Comment