malam nie aku fikir macam-macam benda. benda yang buat aku sedih, benda yang buat aku gembira. betul kata orang tua-tua 'dalam kegembiraan pasti ada kesedihan' dan aku rasa ia sekarang. aku nak bercerita tentang apa yang aku rasa sekarang tentang sesuatu yang pernah aku puja dulu.
dengar pun dah tahu apa kan, sesuatu yang aku suka dan pada aku sesuatu itu sangat unik berbanding sesuatu yang lain sebab sesuatu ini separa lelaki separa wanita. apa boleh aku katakan ketika itu aku hanya melihat sesuatu itu tanpa menoleh sesuatu yang lain. tapi kini sesuatu itu telah aku sisihkan jauh dan jauh dari jiwa aku.
ye, kini aku dah tak suka pada dia lagi. mungkin kerana sikap kekwatnya atau sikap kebudakkan nya buat aku meluat pula. kalau dulu dia meluat dan bencikan aku tapi sekarang aku pula berperasaan sebegitu. entahlah perasaan aku tak pernah dia hargai.
sedih bila dia buat macam nie kat aku, kadang-kadang terasa hati juga dengan sikap dia tapi apa boleh buat dia memang macam tu, tak boleh diubah lagi.. kadang-kadang nak je aku belasah kau dengan kata-kata kesat aku, mandikan kau dengan hinaan tapi aku bukan macam tu.. sikap kau buat aku banyak bersabar. biarlah...
kini aku dah takde perasaan kat kau macam dulu lagi, mungkin kau jarang bukak blog aku atau tak pernah baca blog aku tapi kawan-kawan kau selalu ada untuk membaca. aku tak kisah kau nak cakap apa pun, sesungguhnya aku makin bahagia tanpa berperasaan terhadapa kau.
aku masih menunggu sesuatu yang sejati itu datang dihadapan aku. walau aku tak dapat menerima dia tapi aku akan beri dia peluang untuk menambat hati aku. haiiiishhhhh.. aku berangan lagi. hahaha...
aku tak pernah kecewa kerana sesuatu yang tak boleh aku capai malah aku makin berusaha dari apa yang berlaku supaya aku makin mengerti untuk memiliki. dengan ini aku mahu cari cinta baru.. lalala~~~
berusaha wahai eeka azmi. tahun baru penuh dengan perancangan baru. :)
No comments:
Post a Comment