jiwa baru

perasaan dulu muncul kembali,
sesungguhnya aku keliru!!!

dari lirikan mata kau,
dari senyum pemberian kau,
dari lontaran suara kau,
dari sentuhan spontan kau,
buat aku tertanya-tanya apa yang kau rasa..

pandangan kau sayup,
senyuman kau penuh kebahagian,
suara yang kau ajuk manja pada pendengaran,
sentuhan kau lembut buat aku terbuai,
adakah perasaan ini hanya sekadar di awangan..

persoalan demi persoalan telah aku lontarkan,
namun aku keliru,
keliru dengan perasaan sendiri..

entah,
aku mahu menyepi,
tidak lagi bahagia bercerita,
takut kenangan lama muncul untuk kali ketiga..

biar perasaan ini aku pendam,
tanpa seorang mengerti..

aku mahu buang perasaan ini jauh,
tanpa ia datang kembali,
untuk aku menagih simpati,
atas kesunyian yang aku rasai..

biarkan ia pergi,
pergi..pergi dan terus pergi..

namun,
mampukah sejarah lama ini berulang kembali?

aku diam membisu,
jawapan ini akan aku beri bila ia sudah pasti,
tanpa sesiapa mengetahui yang aku sudah mulai merasai jiwa baru..
menjalar dalam tubuh aku ketika ini...

2 comments: