hampir 3 hari aku tidak menjenguk untuk berblogger kerana kesibukan yang sudah aku rasai ketika ini di aswara. untuk hari yang ketiga ini, sudah bermula pembelajaran untuk tahun baru ini dengan subjek-subjek yang mencabar mental dan fizikal aku. namun, keseronokan itu sudah mula aku kuasai bersama kawan-kawan seperjuangan aku di sini. hampir 3 hari kami meluangkan masa bersama setelah sebulan pergi bercuti. seronok tak terkata, namun itu yang membuatkan aku lebih bahagia bersama mereka untuk meneruskan perjuangan di medan peperangan ini.
untuk hari yang ke3 ini pelbagai agenda berlaku, apa tidaknya aku ketemu sama dia orang yang pernah aku suka dulu. hari pertama pendataran aku sudah lihat dia, namun hati ini tidak terjentik pun rasa teruja kerana perasaan aku pada dia sudah hilang tiada apa yang aku dapat rasa sekarang. namun keegoan dia masih seperti dulu, tidak berubah. entah sampai bila kami akan terusan berperangan dan aku rasakan seperti tiada lagi pendamaian untuk kami berdua. biarkan saja apa yang berlaku sekarang, aku tidak kecewa. namun aku tahu ada hikmah disebalik apa yang terjadi.
untuk hari ke3 aku sudah mula rasa bahagia bersama rakan tercinta. rindu sudah mula aku luahkan pada mereka. namun untuk hari ke3 ini aku mencari satu kepastian yang belum aku temui iaitu perasaan cinta. entah bila aku akan miliki mutiara azimat itu, bukan aku taksub tapi kerana aku mahu jalani hidup seperti orang lain.
untuk hari ke3 ini aku memulakan langkah ke kelas lakonan pn marlia musa. walaupun elektif tapi aku akan buat yang terbaik. apa yang aku suka tentang pembelajaran hari ini apabila pn marlia bercerita tentang hidup seorang manusia di bumi yang nyata ini. ilmu hari ini sangat berharga pada aku.
sampai disini saja untuk hari ke3 aku di aswara, segala yang bermula di sini buat aku bahagia dan aku meneruskan perjuangan dengan semangat baru. YEAH!!
go go caiyok. :))
ReplyDeletethanx nana :)
ReplyDelete