tidur dalam lena

saat aku terlena,
muncul kau di depan mata..
melayani bahtera bahagia,
gembira itu gambarannya..

saat itu,
aku rasa kau cukup sempurna,
senyuman kau manis dimata,
kata-kata kau lembut puitis berjiwa,
tingkah laku kau.. menghibur hati yang sedang lara..

saat itu,
aku tergamam melihat kau,
kaku tak terkata,
lidah kelu hati bagai nak gila..
kau sangat indah di mata,
mempersona raut wajah sempurna..

saat itu,
hanya ada aku dan kau,
dalam satu istana,
penuh bunga-bunga cinta,
pelbagai warna,
pelbagai jalan cerita..

saat itu,
aku lihat kita masih berpegangan tangan,
melayari saat bahagia,
meniduri kenangan yang di cipta..
indah belaka..

saat itu,
aku mulai sedar,
kita makin jauh..
jauh entah kemana..

saat itu,
aku bagai terbang separuh nyawa,
mengejar bayang dalam kesamaran kekejaman kabus senja,
mencari kau demi sebuah kebahagian,
bagiku yang tiada sempadan..

saat itu,
aku mulai sedar,
terjaga dari lena,
terjaga dari dunia mimpi semata..

aku bermimpi rupanya,
jika benar kau yang aku puja,
datang untuk menyapa cinta,
yang baru aku buka untuk aku bina istana bahagia..

4 comments:

  1. puitis sekali .. beruntung si tuan badan mendapat cinta macam kau nie . dari awal lagi aku tgk kau memang betul2 berharap pada cinta. andai esok , cinta sudah di tangan.. berusaha laa untuk mempertahanakan cinta tersebut.

    ReplyDelete
  2. eeka, lagu kat blog kau nie lagu apa ?

    ReplyDelete
  3. nice bait2....hahaha...giler arrr..kalo mcm nie eeka...bleh tangkap leleh aku

    ReplyDelete
  4. ijie : haha andai cinta dlm tgn aku , aku akan jg die sebaik-baiknya . insyallah :)

    anip : thanx , wah jiwang gak ko ye smpai tgnkp leleh .

    ReplyDelete